Monday 31 October 2011

Sentuhan Kepimpinan Dato Seri Najib Diterima Rakyat


Melihat gambar di atas jelas menunjukan semakin ramai rakyat yang gemari corak kepimpinan Perdana Menteri sekarang. Gambar ini diambil di Perth, ketika PM menghadiri program ramah mesra bersama dengan komuniti Malaysia. Dianggarkan lebih 1,000 rakyat Malaysia yang menghadiri program tersebut dan ini mengambarkan agenda tranformasi yang sedang dilaksanakan oleh beliau dapat diterima bukan sahaja di dalam negara malah pemastautin di luar negara. Gambaran di atas juga memaksa pemimpin pembangkang berkerja lebih keras untuk menyaingi dan sekaligus mengurangkan populariti Dato Seri Najib. Ini kerana yang datang bukan dibawa oleh sesiapa (tak mungkin yang ramai itu dibawa dari Malaysia)  tetapi mereka ingin bersama dengan PM yang mereka sayangi.

Sunday 30 October 2011

Kebajikan Rakyat 1MALAYSIA



Renungan Abu Ubaidi: Semenjak mencapai Kemerdekaan, Kerajaan sentiasa melakukan terbaik buat rakyat. Nilaikan subsidi setiap sen yang kerajaan berikan kepada setiap rakyat  1Malaysia.

Friday 28 October 2011

Bongkar: Politik Perkauman DAP - Part 2


Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU 12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.

Pakatan Pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!).

Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputra/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.

Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembangunan ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah??? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew (Mentor Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng).

Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu malas dan tidak kebolehan. Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasikan dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!!.

DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang pemerintah buat, ada saja yang tidak kena kepada golongan ini. Seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai : Problems Among Minority Groups in Malaysia mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah, sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah.

Hebatnya Malaysia dipandangan dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai "hampas". Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.

Thursday 27 October 2011

Bongkar: Politik Perkauman DAP - Part 1

Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis. Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti Sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat.

Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, DAP mengantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap Pilihanraya Umum dengan fahaman yang menolak sistem politik pelbagai kaum. DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai parti sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperolehi 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).

DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan PAS pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN). Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi PAS. Sementara itu, MCA atau GERAKAN dilihat bersifat sederhana.

Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.

Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik. Keinginan DAP mewujudkan semacam 'ala republik' di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan.

Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin. 

Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan PAS berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP. Sementara PAS dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan menguatkan keuntungan politik, tetapi PAS kurang sedar akan taktik DAP itu !!!! Bersambung

Wednesday 26 October 2011

Jauhilah tindakan dagang lalu ditanakan, kera di hutan disusukan, itek di air mati kehausan, ayam di kepok mati kelaparan dan anak di rumah sendiri mati kebuluran - tegas Ibrahim Ali


Tadi Abu Ubaidi menghadiri Persidangan Agung Perkasa kali 2 di Dewan Centrum, Kompleks Centrum Taman Setiawangsa KL. Kebetulan rumah Abu Ubaidi dengan tempat berlangsungnya persidangan hanya 1 kilometer, jadi kesempatan yang ada menjengok sekejap sambil mendengar Ucapan Dasar Presiden oleh Dato' Ibrahim Ali. Kehadiran peserta dan pemerhati persidangan dianggarkan 5000 orang dari seluruh pelusuk negara termasuk wakil dari pertubuhan NGO dari Singapura yang berkampung di Setiawangsa. Persidangan telah dirasmikan oleh mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Rahim Noor yang turut dianugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa.

Dalam Ucapan Dasar Presiden, Ibrahim Ali telah menegaskan "sesiapa yang mengganggu-gugat perlembagaan ini adalah musuh negara dan musuh kita semua". Perkasa juga ujar beliau akan sentiasa melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Raja-Raja Melayu sebagai simbol bangsa Melayu dan Bumiputra adalah penduduk asal Tanah Melayu. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Ibrahim Ali ialah berkaitan Kontrak bangsa, Islam Agama Rasmi, Keistimewaan Melayu dan Bumiputra, Dasar-dasar Afirmatif khususnya DEB yang menurutnya dasar ini digubal bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum yang serius, untuk mencipta keharmonian, serta untuk menyediakan asas kepada pembangunan yang pesat dan mampan. Ibrahim Ali turut bertegas bahawa "sistem sekolah pelbagai aliran yang berdasarkan sesuatu bangsa dan bahasa perlu dimansuhkan serta merta dan digantikan dengan satu sistem sekolah untuk semua". Cadangan drastik ini memerlukan keberanian luar biasa kerajaan supaya tidak wujud lagi rakyat Malaysia yang biadap seperti Namewee yang hanya belajar di sekolah aliran bahasa ibundanya daripada kecil hingga peringkat pengajian tinggi.

Isu pemansuhan ISA telah menarik perhatian peserta, Ibrahim Ali mengakui terkejut dengan tindakan memansuhkan ISA, kerana undang-undang  yang meneruskan semangat dan roh ISA ini masih diperlukan di Malaysia. Bagi Abu Ubaidi, soal keselamatan negara semua kena akur dan kerajaan perlu mengubal serta melaksanakan undang-undang gantian ISA ini secara bijaksana yang mencakupi aspek keselamatan mayarakat, keselamatan insan, keselamatan pemerintah, keselamatan nasional dan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Akhir sekali Ibrahim Ali menegaskan Perkasa bukannya pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman. Perjuangan Perkasa adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara dan menepati Konsep 1Malaysia.

Renungan Abu Ubaidi : Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.

Monday 24 October 2011

Fakta Yang Merimaskan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

1. Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 Billion.


2. Projek Perumahan Rakyat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) dengan peruntukan sebanyak RM1.2 Billion.


3. Perluaskan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah dengan peruntukan sebanyak 40 juta.


4. Sektor Pendidikan diperuntukan sebanyak RM 50.2 Billion yang merangkumi pemansuhan bayaran tambahan RM 24.50 Sekolah Rendah dan RM 33.50 Sekolah Menengah, semua pelajar sekolah menengah dan rendah akan diberi RM 100, Pelajar IPTA & IPTS serta Pelajar Tingkatan 6 akan menerima baucer buku berjumlah RM 200.


Renungan Abu Ubaidi : Bila dah jadi cerdik pandai dan berada di kemuncak, jangan lupa bumi dipijak. Wallahualam

Saturday 22 October 2011

Alangkah Baiknya Pimpinan PAS Bersikap Seperti Hassan Ali


Sebentar tadi berlangsung Himpunan sejuta Umat Anti Murtad di Stadium Shah Alam. Himpunan ini adalah anjuran hampir 1000 NGO dan yang mengejutkan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Hassan Ali dari Pas. Ini kerana Parti Pas secara rasmi membuat keputusan tidak hadir termasuk Pemuda Pas yang sebelum ini garang nak sertai Himpunan terpaksa tunduk kepada desakan Pas Pusat. Badan perhubungan Pas Selangor dilaporkan mengarahkan semuanya tidak menyertai himpunan berkenaan.

Pandangan Abu Ubaidi mudah saja "sekiranya semasa Demo Bersih pimpinan Ambiga disokong oleh pimpinan Pas kerana ada nawaitu politik tetapi dalam bab Himpunan Sejuta Umat pula mereka bimbang kurang undi bukan Melayu". Sepanjang Perhimpunan berlangsung, hanya pemimpin NGO saja yang berucap seperti Mohd Yusri Mohamad, Fatni Yacob, Farhan Abdullah dan seorang wakil dari NGO Belia dari Felda iaitu Abdullah Abu Bakar. Kemuncaknya ialah ucapan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria. Tiada pemimpin politik yang menyampaikan ucapan.

Renungan Abu Ubaidi: Orang Melayu adalah bangsa yang paling istimewa di dunia kerana semua orang Melayu adalah beragama Islam.

Friday 21 October 2011

Jasa Prihatin - Part 2


Skuad Jasa Prihatin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi bergerak mengempur 5 Daerah Mengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa. Daerah Mengundi yang terlibat iaitu Dato Keramat Selatan, Dato Keramat Tengah, Dato Keramat Utara, Kampung Pandan Dalam dan Dato Keramat Seberang. Seramai 57 orang penerima yang majoritinya terdiri daripada kaum India telah menerima bantuan sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya menjelang sambutan Depavali.

 Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Titiwangsa turut serta bersama Skuad Jasa Prihatin

 Warga Emas ini walaupun susah namun dapat membesarkan anaknya sehingga ke Universiti

Ibu tunggal yang baru kematian suami

Salah seorang penerima sumbangan yang cacat penglihatan turut mendapat bantuan sempena sambutan Depavali

Gambar di atas adalah sebahagian kecil yang sempat Abu Ubaidi rakam, kebanyakan mereka tinggal di Daerah Mengundi di Kampung Pandan Dalam. Walaupun agak serba kekurangan tetapi mereka bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberi oleh kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Skuad Jasa Prihati WPKL kerana walaupun diancam anjing liar namum mereka tetap berani menempuhinya.  Selepas ini Skuad Jasa Prihatin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengempur Lembah Pantai dan Wangsa Maju. Wasalam..



Muammar Gaddafi Terbunuh


Bagaimana beliau berjaya menggulingkan pemerintahan Raja Idris pada tahun 1969 dalam satu pertempuran berdarah, begitu juga nasib dialaminya yang berakhir dengan peristiwa pembunuhannya. Bekas pemimpin Libya itu tumbang ditangan pemberontak hingga terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte. Kematiannya disambut dengan sorak gembira oleh rakyat Libya, terutamanya pemberontak yang berusaha keras mengulingkannya melalui tunjuk perasaan besar-besaran sejak Februari lalu.

Gambar-gambar detik kematiannya yang dirakam tersebar meluas di internet melihat bagaimana beliau dipukul dan dikasari sebelum beliau terbunuh. Turut terbunuh bersamanya adalah Bekas Menteri Pertahanan ketika zaman pemerintahanya iaitu Abu Bakr Younis dan anak lelakinya iaitu Mo'tassim.

Pemerintah kerajaan sementara Libya akan mengistiharkan pembebasan Libya dan berazam untuk memulakan Negara Libya yang baru, satu rakyat dan satu masa depan. Persoalannya, sejauh mana kestabilan dapat diwujudkan di Libya selepas jatuhnya rejim Muammar Gadafi. Sejarah telah buktikan jatuhnya rejim Sadam Hussin, kehidupan rakyat Iraq bukan bertambah baik malah bertambah buruk begitu juga yang berlaku ke atas rakyat Mesir. Ketamakan kuasa sesetengah pemimpin arab, yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Moga-moga perkara yang berlaku dihadapan kita sebagai pedoman dan iktibar untuk memelihara bumi tercinta ini dari tangan-tangan perosak yang bersengkokol dengan talibarut asing untuk menjahanamkan negara.

Abu Ubaidi berkata " Yang pasti rejim Israel bertambah kuat dan berkuasa"

Thursday 20 October 2011

Zaman Gila

Kita hari ini melalui satu zaman yang dipanggil Zaman Gila. Kebenaran dianggap kepalsuan dan kepalsuan dianggap kebenaran, bukankah gila namanya tu? Buat apa cara sekali pun yang penting matlamat tercapai. Bertambah gila bila Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu membuat pengakuan yang mengesa pengamal media baru Pakatan Pembangkang supaya mempertingkatkan kerja fitnah bagi menjamin kemenangan memihak kepada Pakatan Pembangkang. Ini buktinya..


Kerja fitnah ibarat serupa pekena teh tarik dan roti canai setiap pagi oleh Mat Sabu demi mencapai matlamat semuanya menjadi halal.

Tuesday 18 October 2011

Jasa Prihatin - Part 1


Sebentar tadi kira-kira jam 11.00 pagi, satu program Jasa Prihatin telah dijalankan bertempat di Daerah Mengundi Rumah Pangsa Sri Johor di bawah Parlimen Bandar Tun Razak. Seramai 25 Orang penerima yang terdiri daripada kaum India telah dikunjungi oleh Skuad Jasa Prihatin WPKL dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya menjelang sambutan Depavali.

Salah seorang penerima sumbangan terharu menerima kunjungan Skuad Jasa Prihatin WPKL

Atas semangat 1Malaysia Ibu Tunggal yang membesarkan lima orang anak ini turut dibantu

Berpegang kepada prinsip "Yang Tua Dihormati dan Yang Muda Dikasihi" Warga Emas ini tidak dilupakan.

Pesakit Kronik juga turut menerima bantuan sempena menyambut Depavali

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian kecil yang sempat Abu Ubaidi rakamkan, setiap kunjungan oleh Skuad Jasa Prihatin disambut mesra dan terharu oleh penduduk setempat. Angin perubahan sudah mula dirasai, insyallah PRU ke 13 Parlimen Bandar Tun Razak kita TAWAN.
Wasalam..

Monday 17 October 2011

Jom HIMPUN Beramai-ramai

 
HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.
 
HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.
 
ABUUBAIDI menyeru agar semua
RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM 
tanpa mengira pegangan politik 
HADIR dan BERSATU !
 

Profesor Angkuh !!!


Tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berkenaan isu memurtadkan Orang Islam di sebuah gereja pada Ogos lalu boleh dianggapkan sebagai kurang ajar. Beliau cuba berselindung disebalik falsafah undang-undang apabila kenyataannya dikecam hebat oleh pelbagai pihak dan mengugut untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia yang kononnya memutarbelitkan fakta.

Kronologi isu ini bermula apabila sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya. Pemeriksaan terhadap premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut. Susulan itu, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri mengarahkan JAIS menyiasat dan membuat laporan lengkap. Keputusan terhadap siasatan itupun sudah diketahui dan disahkan terdapat cubaan untuk memesongkan akidah orang Islam tetapi disebabkan kekurangan bukti menyebabkan pendakwaan gagal dibuat.  Sultan Selangor telah buat pengumuman "bahawa baginda amat tersinggung dalam usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor". 

Persoalanya, mengapa si profesor ini bermati-matian mempertahankan pihak gereja dan mengkritik hebat tindanakan Sultan Selangor yang digambarkanya "mengambil tindakan bukan kelazimannya" dan tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten serta tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagai ketua agama berdasarkan kepada perlembagaan, baginda berhak dan memikulkan tangungjawab dalam apa jua isu membabitkan agama islam dan rakyatnya. Isu murtad ini bukan perkara ringan kerana ia membabitkan akidah dan kita wajar menentang setiap usaha pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam. Jangan kerana politik, kita sanggup mengadaikan agama demi menagihkan sokongan pihak tertentu.
wallahualam..

Sunday 16 October 2011

Melayu Hilang Kuasa 10 Tahun Lagi


Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial,politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa. Sekiranya trend ini berlaku, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi berhutang dengan pemberi bantuan berkenaan hingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Kita wajar mengambil iktibar senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand. Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya. Perkara ini berlaku kerana ketiadaan kuasa sehingga melemahkan kita dan menjadi alat kepada pihak tertentu. Mungkin pada ketika itu nanti, kita hanya tinggal sejarah untuk dipelajari oleh generasi akan datang.

Pandangan ini daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berucap ketika merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah pada 12 Oktober 2011 di Bangi, Selangor.

Friday 14 October 2011

Kebaikan Kita Dinodai


Ada tiga senario yang berlaku pada minggu ini. Pertama, Kedutaan kita di Jakarta diserang sekali lagi oleh segelintir rakyat Indonesia yang marah kononya wilayah mereka di sempadan Kalimantan 'dicuri' oleh Malaysia. Kedua, ialah kegiatan penyeludupan manusia dalam but kereta di Utara Semenanjung, yang mengambarkan betapa makmurnya Malaysia di kalangan pendatang asing, termasuk jutaan rakyat Indonesia. Ketiga penyeludupan dadah yang dibenteras saban hari oleh pihak berkuasa yang sering melibatkan rakyat Iran, Nigeria dan Laos. 

Pendek kata, negara kita cukup makmur dan syurga bagi rakyat asing. Pendatang asing di negara ini kini sudah menjadi satu gangguan yang amat sangat. Di Indonesia, wilayahnya dijagai dengan begitu ketat. Rakyat Malaysia yang terlebih tinggal (adalah sorang dua) terus disumbat ke penjara, tiada kompromi. Itu tidak lagi nelayan kita yang ditahan dalam garisan sempadan laut yang tidak jelas. Di Malaysia, beribu-ribu rakyat Indonesia tinggal haram dan kemudian dibersihkan melalui proses pemutihan. Namun kebaikan hati kita, dinodai dengan balingan batu ke arah kedutaan kita. 

Renungan Abu Ubaidi : Jangan merosakan hubungan yang sudah terjalin sekian lama, ayuh kita rapatkan hubungan dan jangan ikut emosi kerana hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain.





Wednesday 12 October 2011

Luka Masih Berdarah


Beberapa Ngo telah berhimpun di Segamat bagi mendesak Setiausaha Agong DAP Lim Guen Eng tidak mengunjungi Johor selagi belum mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Lim Guen Eng telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan memburukkan Johor dalam satu temubual dengan media asing di Singapura. Walaupun Guen Eng telah mohon maaf menerusi akhbar, namun banyak pihak berpendapat Ketua Menteri Melaka itu perlu mengadap dan memohon ampun daripada Sultan Ibrahim. Dilaporkan Lim Guen Eng akan mengunjungi beberapa daerah di sekitar Johor bagi memulihkan imej partinya yang terjejas kesan daripada isu ini. lim Guen Eng sewajarnya sedar yang keterlanjuran kata itu telah mengguris hati rakyat negeri kelahirannya sendiri.

Renungan Abu Ubaidi: Ramai tidak tahu bahawa Lim Guen Eng sebenar berasal dari Batu Pahat, Johor dan pernah bersekolah di Johor sebelum berhijrah ke Melaka. Tetapi sikapnya tidak menunjukan beliau sebagai Anak Jati Negeri Johor.

Tuesday 11 October 2011

Bongkar: Dewan Masyarakat Kg Puah

Malam tadi kira-kira jam 9.00 malam, satu majlis ceramah bongkar telah diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Kg Puah di bawah parlimen Wangsa Maju. Penceramah yang dijemput adalah YBhg Dato Shafei Abdullah dan Sdr Lokman Noor Adam. Suasana di sepanjang majlis gamit apabila kedua-dua penceramah membongkar kegiatan dan mencabar pakatan rakyat sambil di sambut tepukan gemuruh dari para hadirin.
 
YBhg Dato Shafei Abdullah bersalaman dengan para hadirin
 
Hadirin tekun mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh penceramah
 
Saudara Lokman Nor Adam
 
YBhg Dato Shafei Abdullah
 
Tepukan Gemuruh Hadirin di luar dewan
 
DIPETIK DARI BLOG BN4 WangsaMAJU



Friday 7 October 2011

Intipati Bajet 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan BanjirKerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Wednesday 5 October 2011

Bajet Alternatif Pembangkang: Tun Mahathir Balun Anwar Ibrahim

"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada". Jawapan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Pembangkang. Dilaporkan Pakatan Pembangkang telah membentangkan bajetnya tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Bajet 2012 pada hari Jumaat ini.

Bajet yang dibentangkan oleh pembangkang ini tidak menyentuh peruntukan untuk kementerian-kementerian sebaliknya hanya janji-janji untuk menarik sokongan rakyat. Antara janji-janji mereka ialah bonus RM 1000 setahun kepada warga emas dan golongan suri rumah juga akan mendapat elaun sebanyak RM 1000. 

Persoalannya, bagaimana dengan janji-janji Pakatan Pembangkang di Selangor semasa pilihan raya umum ke 12  untuk memberi elaun kepada warga emas dan anak-anak selangor yang berjaya masuk ke IPT, sampai sekarang belum ditunaikan. "Duit yang kita tak kawal memang senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam di Kuala Lumpur. "Kita boleh buat apa pun seperti janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang pilihanraya." katanya.  Presiden Amerika Barack Obama juga berjanji untuk menutup Guantanamo Bay tetapi sampai sekarang tak tutup.

Alangkah baiknya pihak pakatan pembangkang menunggu kerajaan membentangkan Bajet 2012 jumaat ini sebelum mahu mencadangkan perkara baru. Merangka Bajet bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang dengan hanya kandungan bajet 25 muka surat dan pembentangan tidak sampai setengah jam.

Wallahualam..

Tuesday 4 October 2011

Luka di Tangan Kerana Pisau, Luka di Hati Kerana Kata

Hari ini ramai yang tidak dapat mengawal keceluparan dengan membangkitkan pelbagai isu atau kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Bercakap ikut sedap mulut dan kenyataan mereka tersiar di media cetak, elektronik, internet dan sebagainya. Bagi mereka, mengeluarkan kenyataan menandakan matlamat sudah tercapai. Selepas Adun DAP M.Manoharan yang menimbulkan isu 'tukar jalur gemilang' dan telah memohon maaf kerana kebiDAPannya itu mucul sorang lagi orang Melaka yang melompat ke Penang cuba menjadi hero. Lim Guen Eng telah di dakwa mengeluarkan kenyataan memburukan negeri Johor semasa kunjungannya ke negara jiran tetangga Singapura. Setelah Sultan Johor murka baru beliau terpaksa memohon maaf akibat keceluparannya itu.

Sebenarnya memohon maaf memang mudah. Apa susahnya tumbuk orang selepas itu dengan muka tebal memohon maaf tidak kira ikhlas atau pun tidak. Lebih-lebih lagi sifat orang Melayu yang pemaaf. Malahan dikalangan orang Melayu sendiri, ada yang sanggup seperti lembu yang dicucuk hidung, sanggup menang sorak kampung tergadai.



Monday 3 October 2011

Bajet 2012: Harapan Rakyat

Jumaat ini Bajet 2012 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan dan sudah tentu rakyat menaruh harapan yang besar agar Bajet 2012 akan membantu mereka dalam menghadapi keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. Umum sudah mengetahui, Bajet 2012 akan meliputi tiga perkara penting iaitu bekalan makanan, perumahan dan pegangkutan awam. Rakyat terbeban dengan kos makanan semakin tinggi disebabkan harga makanan meningkat di peringkat global dan sikap tamak segelintir peniaga yang menguasai pasaran makanan. Antara strategi terbaik kerajaan menangani isu ini ialah menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Hasrat rakyat agar kerajaan memperbanyakan lagi kedai ini keseluruh pelusok negara.

Dari segi perumahan, rakyat mengharapkan kerajaan mengumumkan mekanisme untuk mengawal harga bahan binaan dan spekulasi harga hartanah, di samping memperhebatkan projek perumahan kos rendah dan sederhana serta insentif potongan cukai perumahan untuk para pembeli. Dari segi pengangkutan awam, kerajaan bukan sahaja akan memberi tumpuan pengangkutan awam di bandar-bandar besar malah di luar bandar juga akan dipertingkatkan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga perlu menimbangkan kos-kos lain berkaitan dengan pengangkutan seperti minyak dan tol. Di bandar-bandar besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur terlalu banyak wang dibayar untuk tol. Tidak berbaloi membayar tol begitu banyak tetapi kesesakan tetap berlaku.

Selain ketiga-tiga faktor diatas, kerajaan juga  dijangkakan membuat penyelarasan gaji terhadap kakitangan sektor awam. Berapakah jumlahnya bergantung kepada kemampuan kerajaan. kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Greece dan Eropah berjangkit kepada negara kita jika kerajaan terlalu bermurah hati meningkatkan gaji sektor awam di luar kemampuan kerajaan. Namun nasib kakitangan sektor swasta juga perlu dibela terutamanya dari segi penetapan gaji minimum, pelan persaraan yang lebih baik dan had umur persaraan ditingkatkan. Apa yang penting rakyat perlu bersama-sama kerajaan dalam mempertingkatkan produktiviti kerja bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kerana kejutan krisis ekonomi global boleh berlaku pada bila-bila masa.

Wallahualam..