Tuesday 8 October 2013

Akauantabiliti: Malaysiakini wajar duduk depan cermin nilaikan diri


Beberapa hari ini isu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur wartawan Malaysiakini dalam satu sidang akhbar, jumaat lalu telah mendapat perhatian pelbagai pihak terutamanya pembangkang. Hebatnya teguran Zahid Hamidi itu, hingga memaksa "big bos" Malaysiakini iaitu Premesh Chandra dan Steven Gan keluarkan kenyataan. Menariknya kedua-dua bos Malaysiakini itu telah mengingatkan menteri bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.

Bunyinya memang cantik. Tetapi mengapa hanya dari sebelah pihak sahaja. Cuba tanya kalangan wartawan yang pernah menghadiri sidang akhbar Anwar Ibrahim. Sudah berlaku banyak insiden dimana Ketua Pembangkang itu bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi cuba menyindir dan mempermainkan soalan wartawan bila soalan panas dituju padanya. "You ulang I saman" itu antara kata-katanya yang yang cukup popular selain sindiran beliau yang standard terhadap wartawan yang bertanya soalan sebagai ejen UMNO.

Semua orang tahu sejarah malaysiakini dan dari mana mereka mendapatkan dana Klik Sini Mereka sememangnya cukup bijak memutar belitkan berita seolah-olah apa yang disampaikan oleh mereka adalah maklumat eksklusif  yang kerajaan tidak mahu semua rakyat tahu. Tapi hakikatnya mereka ini semua AUTA saja. Maka sebab itulah jika pengasas Malaysiakini, Premesh Chandra dan Steven Gan ingin meminta akauntabiliti dari orang politik mereka perlu duduk lama depan cermin untuk menilai diri.

Friday 4 October 2013

PAS berdepan laluan lebih getir di Sungai Limau..


SPR telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah iaitu pada 4 November depan. Ini bermakna selesai sahaja pemilihan UMNO peringkat tertinggi dan bahagian, pemimpin yang menang mahupun kalah perlu turun padang untuk membantu jentera parti merampas kembali kerusi DUN Sungai Limau dari tangan PAS.

Hakikatnya, PRK DUN Sungai Limau ini tidak semudah seperti di Kuala Besut. Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS sejak tahun 1995 lagi. Namun, BN masih berpeluang kerana dengan aura MB baru, Mukriz Mahathir serta pengaruh Jamil Khir Baharom terhadap sekolah pondok dan sekolah agama, dilihat menyukar sedikit laluan PAS untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

BN perlu pastikan jentera kali ini lebih kuat dan tersusun berbanding di Kuala Besut. Perpecahan disebabkan Pemilihan Bahagian perlu dielakan. Ini kerana di Bahagian Jerai menyaksikan pertandingan antara Jamil Khir Baharom dengan Suhaimi Abdullah. Jika berlaku perpecahan sudah tentu lebih mudah bagi PAS untuk kekalkan kerusi.

Isu pembangunan juga perlu dimanfaatkan oleh jentera BN. Ini kerana, ketika allahyarham Ustaz Azizan menjadi MB, penduduk Sungai Limau sendiri kecewa kerana tidak banyak pembangunan di situ. Projek Penapisan minyak yang direncanakan di Pulau Bunting (dalam kawasan DUN Sungai Limau) gagal dilaksanakan oleh PAS.

Begitu juga dengan masalah dalaman PAS sendiri yang belum selesai antara Mahfuz Omar, Amiruddin Hamzah, Taulan Mat Rasul dan Phahrolrazi Zawawi. Malah tentangan daripada sebilangan ahli PAS terhadap Ustaz Azizan sebelum ini dijangka akan berterusan terhadap calon baru yang bakal diletakkan oleh PAS di situ nanti.

Di atas beberapa faktor di atas abu ubaidi melihat PAS akan berdepan laluan sukar di PRK DUN Sungai Limau nanti. Wallahu alam


Wednesday 2 October 2013

Keganasan Komunis




Sejarah tidak pernah menipu dan sejarah juga telah membuktikan Parti Komunis Malaya (PKM) adalah satu pertubuhan yg pernah bertindak ganas dan pernah membunuh ribuan rakyat di negara ini. Ramai yg mati dlm keadaan yg mengerikan dengan perut terburai dan kepala dipenggal. PKM tidak layak digelar sbg Perjuang Kemerdekaan sama sekali..