Wednesday 26 October 2011

Jauhilah tindakan dagang lalu ditanakan, kera di hutan disusukan, itek di air mati kehausan, ayam di kepok mati kelaparan dan anak di rumah sendiri mati kebuluran - tegas Ibrahim Ali


Tadi Abu Ubaidi menghadiri Persidangan Agung Perkasa kali 2 di Dewan Centrum, Kompleks Centrum Taman Setiawangsa KL. Kebetulan rumah Abu Ubaidi dengan tempat berlangsungnya persidangan hanya 1 kilometer, jadi kesempatan yang ada menjengok sekejap sambil mendengar Ucapan Dasar Presiden oleh Dato' Ibrahim Ali. Kehadiran peserta dan pemerhati persidangan dianggarkan 5000 orang dari seluruh pelusuk negara termasuk wakil dari pertubuhan NGO dari Singapura yang berkampung di Setiawangsa. Persidangan telah dirasmikan oleh mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Rahim Noor yang turut dianugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa.

Dalam Ucapan Dasar Presiden, Ibrahim Ali telah menegaskan "sesiapa yang mengganggu-gugat perlembagaan ini adalah musuh negara dan musuh kita semua". Perkasa juga ujar beliau akan sentiasa melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Raja-Raja Melayu sebagai simbol bangsa Melayu dan Bumiputra adalah penduduk asal Tanah Melayu. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Ibrahim Ali ialah berkaitan Kontrak bangsa, Islam Agama Rasmi, Keistimewaan Melayu dan Bumiputra, Dasar-dasar Afirmatif khususnya DEB yang menurutnya dasar ini digubal bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum yang serius, untuk mencipta keharmonian, serta untuk menyediakan asas kepada pembangunan yang pesat dan mampan. Ibrahim Ali turut bertegas bahawa "sistem sekolah pelbagai aliran yang berdasarkan sesuatu bangsa dan bahasa perlu dimansuhkan serta merta dan digantikan dengan satu sistem sekolah untuk semua". Cadangan drastik ini memerlukan keberanian luar biasa kerajaan supaya tidak wujud lagi rakyat Malaysia yang biadap seperti Namewee yang hanya belajar di sekolah aliran bahasa ibundanya daripada kecil hingga peringkat pengajian tinggi.

Isu pemansuhan ISA telah menarik perhatian peserta, Ibrahim Ali mengakui terkejut dengan tindakan memansuhkan ISA, kerana undang-undang  yang meneruskan semangat dan roh ISA ini masih diperlukan di Malaysia. Bagi Abu Ubaidi, soal keselamatan negara semua kena akur dan kerajaan perlu mengubal serta melaksanakan undang-undang gantian ISA ini secara bijaksana yang mencakupi aspek keselamatan mayarakat, keselamatan insan, keselamatan pemerintah, keselamatan nasional dan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Akhir sekali Ibrahim Ali menegaskan Perkasa bukannya pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman. Perjuangan Perkasa adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara dan menepati Konsep 1Malaysia.

Renungan Abu Ubaidi : Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.

No comments:

Post a Comment