Friday 27 April 2012

Adegen 18sx Mahasiswa Di Dataran Merdeka !!!



Persoalannya di mana ulama-ulama muktabar dalam PAS? Ayuh bimbing lah mereka agar kembali ke pangkar jalan.

Wednesday 25 April 2012

23 Badan NGO Cheras Bantah Bersih 3.0 dan Mengutuk LGBT



Perhimpunan yang membabitkan 23 Badan NGO di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel bertujuan untuk membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih 3.0 dan mengutuk sebarang usaha mana-mana pihak, individu atau organisasi yang memperjuangkan Hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Trasgender (LGBT) serta pengamalkan seks songsang.

Agama Islam adalah merupakan agama rasmi negara dan amalan Seks Bebas atau Homoseksual bertentangan dengan prisip kesucian Islam itu sendiri. Maka pengamal dan penyokong gerakan LGBT secara langsung mencabar agama Islam dan dilaknat oleh Allah SWT sepertimana nasib yang diterima oleh umat Nabi Lut A.S.

Fatwa ulama tersohor iaitu Sheikh Dr Yusof Al-Qardawi berhubung amalan LGBT adalah melarang makan dan minum bersama pengamal serta penyokong seks songsang, APATAH LAGI BERADA DIBELAKANG MEREKA.


NGO terbabit juga mendesak pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bertolak ansur dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yang masih berkeras mahu menggunakan padang Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan. Perhimpunan tersebut jelas akan menjejaskan pergerakan dan keselesaan orang ramai, seperti peniaga, pemandu teksi, orang awam disamping memberi persepsi buruk kepada pelancong asing.

Lebih 1,000 orang dijangka akan berhimpun di PRC, Jalan Peel

PETANG ini  kira-kira 1,000 orang yang mewakili 23 Badan Bukan Kerajaan (Ngo) dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan memenuhi Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penganjuran perhimpunan haram BERSIH 3.0, pada 28 April ini.

Perhimpunan tersebut yang dijangka bermula pada 2.30 petang ini akan dimulakan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Azmi Mohd. Yatim.

Kemuncaknya, Pengerusi Yaasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras akan menyampaikan ucapan yang dijangka menarik perhatian orang ramai.

Selepas itu, peserta perhimpunan akan berarak ke kawasan lapang tempat letak kereta berhampiran pejabat UMNO Bahagian Cheras untuk meneruskan perhimpunan secara aman mengutuk kedegilan pengajur BERSIH 3.0.

Satu sidang media kemudiannya akan diadakan oleh Syed Ali bersama badan-badan NGO terbabit.

Sumber : UMNO Bahagian Cheras

Monday 23 April 2012

PAP Akan Bantu DAP Hadapi PRU ke 13 - Lee Kuan Yew


Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim. Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syrarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

Minggu depan, LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu wakil DAP kita hantar report then kami akan war-warkan kepada anda. - MM

Saturday 21 April 2012

Akhbar Cina Pula Tanya Mana Anwar Ibrahim Mahu Curi Duit??


PRU semakin hari semakin hampir, Pakatan Rakyat mulalah keluarkan cek-cek kepada rakyat, buat sementara waktu ini tidak kira sama ada cek-cek itu nanti cek tendang ataupun bukan, sebaliknya cek itu semakin hari semakin besar angkanya. Sebelum ini berjanji mahu mansuhkan bayaran Tol Plus, beri wang kebajikan sebanyak 1000 ringgit, turunkan harga minyak petrol dan sebagainya, sekarang pula mahu hapuskan wang pinjaman pengajian tinggi PTPTN, menunjukkan sebuah kerajaan alternatif yang sungguh bermurah hati, sungguh menggembirakan semua orang.

Sebaliknya penulis mahu kembali kepada keadaan sebenar dan realistiknya:  Pakatan Rakyat keluarkan cek yang begitu melambung tinggi nilainya, berapa banyak kah duit yang akan dibelanjakan? Dari mana datangnya duit-duit itu pula?

Sebelum ini cek Buku Jingga Pakatan Rakyat, secara kasarnya dalam bajet mereka mereka akan belanjakan 250 billion ringgit setahun, ia bermakna sama dengan pendapatan setahun negara, ia boleh menyebabkan dalam  masa 2 tahun sahaja negara boleh diisytiharkan muflis. Hari ini Pakatan Rakyat mahu mansuhkan wang pinjaman PTPTN sebanyak 43 billion ringgit itu, kami mahu bertanya adakah jika kerajaan BN jatuh dan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, negara kita akan punyai wang yang banyak sehingga tidak putus-putus boleh digunakan itu, akan dibazirkan semua oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah itu nanti?

Secara lurus saya ingin berkata, Pakatan Rakyat sering keluarkan cek-cek kosong, itu semuanya tidak membawa sebarang makna.  Kerana tiada orang yang begitu bodoh untuk mempercayainya, jika benar Pakatan Rakyat mahu kotakan janji-janji cek mereka itu, jaraknya amat jauh antara realistiknya dan logik akalnya. Mungkin mereka sangat ghairah keluarkan cek-cek janji mereka, jika kita duduk dan fikir baik-baik “dari mana untuk mendapatkan duit-duit” itu, bermakna kita akan rasa curiga kemampuan Pakatan Rakyat untuk kotakan janji-janji mereka itu.

Kata-kata “jika tidak beri Pakatan Rakyat mencubanya, mana awak tahu Pakatan Rakyat tidak mampu?” kami percaya inilah jawapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang-orang dan penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Jika mahu beri Pakatan Rakyat mencubanya, ia memang bukan satu halangan, tetapi bukan untuk Pakatan Rakyat mencuba memerintah kerajaan negara ini.  Sebelum ini, kita telah beri Paktan Rakyat jadi menteri kewangan, melakar sebuah bajet kewangan alternatif negara, segala cek kosong dalam Buku Jingga, semuanya dijadikan dan dibentuk di dalam bajet kewangan tersebut, dan telah menunjukkan dari mana hasil yang diperolehi oleh negara, adakah ia dapat imbangi cek-cek yang telah dikeluarkan itu.

Bagi Pakatan Rakyat jika mahu laksanakan perkara itu, sepatutnya tiada sebarang halangan. Kerana pempimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menjadi menteri kewangan Malaysia selama 7 tahun, dan pakar hebat ekonomi Pakatan Rakyat Tony Pua Kiam Wee berada di sisi beliau, bajet kewangan sekecil ini sudah tentu tidak dapat menyusahkan Pakatan Rakyat.

Tetapi bagi rakyat pula, mendengar ahli-ahli politik bercakap sesedap mulut buka cek-cek kosong ini, kenapa tidak duduk bersama tunjukkan dan bentangkan bajet-bajet projek dan rancangan itu, bukankah ia lebih praktikal dan nyata.

Abu Ubaidi : Biar lah Anwar Ibrahim terjun dengan labu-labunya

Wednesday 18 April 2012

Bersih 3.0 Hishamuddin Rais beri khidmat hasutan

jinggo-fotopages: Bersih 3 - Hishamuddin Rais beri khidmat hasutan: Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur Event : Countdown 10 Hari Sebelum Bersih 3.0 Date : 17/4/2012 @ 9.00 pm Veter...

Thursday 12 April 2012

Peristiwa di sebalik Pertabalan Agong yang ke 14


11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.

Sumber dari Dr Rahman Kadir - AIDC

Wednesday 11 April 2012

Rayuan Seorang Ibu Agar Anaknya Kembali Ke Pangkal Jalan


Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
 
"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.
 
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
 
"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
 
Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
 
"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.”
 
"Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.”
 
"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.
 
Ummi kata apabila ibunya sakit teruk baru-baru ini, dia memberitahu dia dan dua kakaknya untuk tidak memaklumkan Azmin jika dia akan mati.
 
Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata ibunya telah memberitahu dia dan dua adiknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.
 
"Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia," kata Ummi.
 
Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama kembali berkata dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
 
Ummi berkata dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Sumber : KLPos

Sunday 8 April 2012

RM43 bilion jika mansuh PTPTN…campur janji-janji Buku Jingga pembangkang…jawabnya bangkrap negara


Kalau nak ikut kelentong pembangkang menjelang pilihanraya umum ke 13 ini…segalanya di Malaysia ini akan dikira percuma.Gula-gula mereka cuma janji…janji dan janji.

Senang cakap...kalau berani sahutlah cabaran terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu.

Berucap pada satu majlis di Batu Pahat beliau cabar pakatan pembangkang agar menyenaraikan ssemua janji yang mereka luahkan menjelang pilihanraya umum Mac 2008 lalu.

Juga katanya senaraikan janji-janji yang mereka sudah penuhi setakat ini.

Semua orang tahu baik di Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan,kalau diteliti memang kantoi.

Namun pembangkang tetap pembangkang.Mereka boleh buat muka seposen terus berjanji macam semua orang boleh diperbodohkan.

Jika dibuat perkiraan dari semua janji mereka dalam Buku Jingga nak selesai itu ini dalam masa 100 hari berkuasa…memang boleh bangkrap negara.

Mereka peduli apa janji…menang pilihanraya…lepas itu belakang kira.

Dalam bab   Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) satu lagi hal.Taktik mereka untuk pancing hati golongan muda jual janji akan bagi pendidikan percuma….yakni mansuh PTPTN.

Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tentu tahu banyak mana wang negara yang terlibat kalau nak bagi percuma dan mansuh pinjaman itu.

Katanya pada program Jelajah Janji Ditepati itu jumlahnya ialah RM43billion.

Beliau menjelaskan dalam dunia ini setakat ini hanya ada tiga buah negara yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway.

 Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya depan  50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat .

Beliau berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Sumber : Agenda Daily

Friday 6 April 2012

Malaysia negara ke-51 paling gembira di dunia

NEW YORK -  Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara. 

aji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu. Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83. 
 
Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.

"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu.

Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting, kata laporan itu.

Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.

Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. - Bernama

Pesan Abu Ubaidi: Sbg Muslim untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan adalah dengan sentiasa membasahi bibir dengan zikirullah

Tuesday 3 April 2012

PM: Lebih RM30 Billion subsidi disediakan setiap tahun

KUALA LUMPUR - Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga memungkinkan hampir RM3 bilion untuk berian terus bagi tahun ini.

"Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perlancaran Laporan Tahunan GTP & ETP 2012 di sini malam ini.

Najib berkata kerjaaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi satu juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah.

Bagi tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PRIMA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan bandar bagi golongan pertengahan, kata beliau.

"Manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi," kata Najib.

Bagi perumahan kawasan luar bandar, Najib berkata, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah," kata beliau.

Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan, kata Najib, telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh lima tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

"Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir empat juta rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini," kata Najib.

Antara langkah jangka pendek bersifat "one off" atau sekali sahaja yang telah dilaksanakan bagi 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BRIM, sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3,000.

"Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara," menurut Najib.

Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan. 

"Baucer buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM3 billion," kata Najib. - Bernama