Thursday 30 August 2012

Tweet #Merdeka55 Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada 31 Ogos 2012

Jom ramai-ramai banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara di samping berpeluang tweet bersama Perdana Menteri pada tepat jam 8.15 malam hingga 9.15 malam. Kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran. Ayuh!!! sama-sama kita hargainya.

Wednesday 29 August 2012

Siaran Akhbar Perkhidmatan LRT Free !!



Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan

Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL  di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil  mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.

Tuesday 28 August 2012

KEPADA PENGUNA TWITTER SELURUH NEGARA JOM RAMAI RAMAI KITA JAYAKAN KEMPEN #MERDEKA55 SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA




Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka?

Untuk Memecahkan Rekod Tersebut? Untuk melayakkan Tweet Merdeka, untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan
sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:
1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:
1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth: "Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada

Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com atau pun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Sumber:truthvaccine

Monday 13 August 2012

Hudud: PAS Dilihat Makin Dayus - Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor


KUALA LUMPUR: PAS dilihat semakin dayus apabila mewajarkan penghinaan Karpal Singh dalam isu hudud, kata bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasan Basri Mohamad.

Hasan berkata tindakan pemimpin PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh dalam isu hudud menunjukkan Pengerusi DAP itu tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin PAS dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti itu sendiri.

"Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin PAS ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin PAS kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?

"Sebab itu dalam surah al-Maidah, Allah telah berpesan kalau hendak berkawan dengan bukan Islam berhati-hati kerana mereka sentiasa berusaha untuk memalingkan kamu, apa yang berlaku kepada PAS sekarang sudah jelas.

"Tindakan ini jelas menunjukkan PAS bukan sahaja tunduk kepada DAP dalam isu hudud dan negara Islam tetapi mereka menggadai satu demi satu prinsip perjuangan," katanya.

Semalam Karpal meminta Salleh yang juga ahli PAS memberi kuliah kepada pemimpin parti itu mengapa hukum hudud dan hasrat menubuhkan negara Islam tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Karpal berkata beliau kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan.

Menurutnya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Hadi sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan.

Wednesday 8 August 2012

Kemelut di Selangor: Bila Kesudahannya??


Lepas satu, datang masalah baru. Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada kemelut di Selangor sejak diperintah oleh PKR-DAP-PAS.

Isu melibatkan pengambilalihan hutang Talam oleh PKNS belum pun reda, kini masalah dalam Unisel, universiti milik kerajaan negeri itu muncul semula. Kali ini melibatkan para pelajar yang berdepan masalah penginapan. Mereka ditegah memasuki asrama.



Akhirnya, kredibiliti Unisel tergugat. Jumlah pelajar semakin merosot sejak 2008. Begitu juga dengan hasil pendapatannya apabila ia merosot daripada RM94.4 juta pada tahun 2008 kepada RM93.5 juta tahun 2009 dan 75.48 juta pada 2010.

Pendedahan bahawa Unisel membeli sejumlah rumah bernilai puluhan juta ringgit daripada PKNS di Kota Puteri, Kuala Selangor sejak dua tahun lepas menjadikan keadaan semakin kacau. Aneh betul apabila hartanah itu dibeli ketika asrama Unisel sedia ada mampu menampung 5000 orang jauh melebihi penuntut Unisel sekarang.

Tuesday 7 August 2012

Lagi Jalur Gemilang Dihina


Sesudah Nizar menghina Jalur Gemilang dengan panggilan baru "Jalur Malang" dan Manoharan, ADUN DAP menghina Lee Chong Wei dengan panggilan "Lee Chong AWAY" kini tiba giliran Zunar (pelukis propaganda Malaysiakini) menghina pula Jalur Gemilang dalam bentuk kartun.

Penghinaan yang sudah keterlaluan dan melampaui batas. Mengapa perlu dihina bendera negara? Mengapa perlu dihina wira negara yang berjuang di Sukan Olimpik? Pihak pembangkang sudah hilang pertimbagan akal untuk berkuasa.

Apa sahaja hendak dipolitikkan dan dijadikan isu. Hingga sanggup mencaci dan menghina negara sendiri pun mereka sanggup semata mata untuk berkuasa. Mahukah kita mengundi lagi orang yang bersikap biadap sebegini?