Wednesday 26 June 2013

Agong: Hormati Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan Negara

Pilihanraya Kecil Pertama Selepas PRU ke 13


Al-Fatihah buat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut, Terengganu Dr Abdul Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pagi tadi kerana sakit kanser paru-paru. Allahyarham yang juga seorang ahli Exco Kerajaan Negeri meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pada PRU ke 13, Allahyarham telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 2,434 undi. Semoga Allah merahmati ke atas Roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Tuesday 25 June 2013

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Di Parlimen, Penyokong Berguling Di Luar Parlimen




Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat ketika mereka sendiri membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13. Hakikat itu jelas membuktikan mereka menerima keputusan PRU 13 dan akur kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. 

Malangnya, ketika mereka menerima pakai kehendak lunas perlembagaan dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, kira-kira 200 pengikut mereka sanggup berguling dalam cuaca berjerebu di luar bangunan Parlimen.


Mereka adalah sebahagian daripada pengikut yang tertipu dengan sikap hipokrit dan sandiwara pemimpin mereka. Sabtu lepas mereka berhimpun di Padang Merbok jelas telah dimanipulasikan oleh golongan hipokrit demi mengejar cita-cita politik yang tidak kesampaian.

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat membuktikan sistem yang kita guna pakai tidak meminggirkan sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tinggal lagi, apabila tidak terpilih, jangan pula salahkan lantai kononnya tidak rata sehingga menyebabkan tarian sumbang.

Tuesday 11 June 2013

Lancarkan Perang Memerangi Persepsi Jahat Untuk Hancurkan Negara

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia AKM Atiqqur Rahman telah sekeras-kerasnya menafikan yang kononnya terdapat beribu-ribu warga Bangladesh telah didatangkan sebagai pengundi hantu dalam pilihan raya lalu.

Cerita ribuan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu sengaja dibuat oleh pembangkang semata-mata untuk mencipta persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan SPR. Apabila persepsi terbentuk, maka ia amat sukar diubah. Sebuah persepsi terjadi hasil daripada maklumat tiba kepada seseorang. Ia melibatkan memori yang dibentuk berdasarkan pengalaman panca indera dan selalunya sukar disedari kerana ia berlaku di bawah sedar.

Dalam bahasa mudah persepsi adalah satu bentuk maklumat palsu atau disinformation yang direka-reka sertakan disampaikan dengan penuh logik seolah-olah ia benar hingga sesiapa yang menerimanya akan yakin ia adalah realiti. Sebagai contoh filem Jurassic Park. Dengan menggunakan fakta sains, kisah makhluk dinosour telah disampai dan diyakinkan bersama imej dan bunyi hingga kita percaya dinosour boleh hidup di zaman ini. Sedangkan hampir mustahil mendapat DNA pelbagai dinasour dalam darah fosil nyamuk yang tersimpan berjuta tahun di dalam tanah, apatah lagi untuk menternaknya hingga berpuluh ekor.

Isu kononnya, 40,000 warganegara Bangladesh yang dikatakan dibawa masuk dari Sabah dengan kapal terbang sebagai pengundi hantu adalah fakta dan rekaan yang mencipta persepsi bahawa ia benar terjadi. Persoalanya, bagaimanakah untuk meruntuhkan persepsi yang palsu itu? Jawapannya sudah tentulah ia terletak kepada bagaimana ia ditanganinya. Apabila terbinanya sesebuah persepsi yang palsu, ia mesti diruntuhkan segera dengan maklumat yang benar. Jika dibiarkan, rakyat akan percaya dan sentiasa akan hidup dalam kepalsuan.