Friday, 28 October 2011

Bongkar: Politik Perkauman DAP - Part 2


Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU 12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.

Pakatan Pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!).

Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputra/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.

Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembangunan ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah??? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew (Mentor Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng).

Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu malas dan tidak kebolehan. Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasikan dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!!.

DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang pemerintah buat, ada saja yang tidak kena kepada golongan ini. Seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai : Problems Among Minority Groups in Malaysia mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah, sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah.

Hebatnya Malaysia dipandangan dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai "hampas". Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.

No comments:

Post a comment