Friday 31 January 2014

#PKRKacauBilau : Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat sahkan PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor @anwaribrahim @rafiziramli @abdulhadiawang



1. Kerusi MB Selangor adalah pilihan oleh PAS menerusi Presiden PAS. Mempertikaikan Tan Sri Khalid sebagai MB secara berterusan adalah bererti mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS.

2. Tan Sri Khalid telah berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik. Masalah yang berlaku hanyalah kerana ada pihak di kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi menerusi Tan Sri Khalid yang sangat tegas dalam pengurusan kewangan terutamanya. Tidak ada kewajaran untuk menukar beliau sebagai MB.

3. Sekiranya benar perlu ditukar maka jawatan MB secara mudah boleh diserahkan kembali kepada PAS dengan pemilihan YB Iskandar sebagai MB baru

4. PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor oleh PKR. Tujuan PKR ialah untuk mengelakkan jawatan beralih tangan kepada PAS iaitu Iskandar Samad. Ini satu pengkhianatan terhadap rakah Tahaaluf Siyaasi. Ia merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan larti sendiri bukan kepentingan PR.

5. Dalam masa yang sama ia satu tempelak kepada Presiden PAS kerana Presiden PAS yang membuat keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Maka tindakan PKR adalah satu penghinaan kepada Presiden.

6. Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan ia berlaku.

YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Wednesday 29 January 2014

BERSIH 2.0 Kecam tindakan LUAR TABI'I @anwaribrahim #PKRKacauBilau


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim yang mendesak wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang meletak jawatan. Pertubuhan haram pro pembangkang tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima sama sekali kerana ia mengkhianati amanah rakyat.

Tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya sedangkan tugas utama wakil rakyat adalah memastikan kesejahteraan rakyat kawasan yang diwakilinya berada dalam keadaan baik. Bukan membabi buta tunduk kepada kehendak parti.  Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah. "Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam," kata Bersih 2.0. 

"Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu." Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat. Pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil di Kajang selepas perletakan jawatan Lee hanya untuk meredakan ketegangan antara kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Kajian : Majoriti mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB selangor #PKRKacauBilau @anwaribrahim @AzminAli

Dalam undian yang dilakukan oleh The Star terhadap 2,125 pengundi muda yang bermula jam 8 pagi 43% mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Mendapat tempat kedua adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus dengan undian sebanyak 497 undi.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beriya-iya untuk menjadi calon pilihan raya kecil itu hanya mendapat 21 peratus atau 450 undi dan menduduki tempat ketiga.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan.

Ini menunjukkan yang mengundi Anwar Ibrahim hanya penyokong setianya sahaja sedangkan rakyat Selangor sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah moral menjadi menteri besar.

Sementara itu Pas memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim supaya jangan ganggu kerusi menteri besar dan Anwar nak bertanding dimana pun dia boleh bertanding.

Pemuda Pas Selangor akan memboikot kempen prk Dun Kajang yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim dan rakyat akan lihat ketegasan Pas dalam hal ini adakah berdiri teguh dengan pendirian atau terpaksa mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.

Bagi DAP pula mereka sebenarnya tidak sukakan Anwar Ibrahim kerana mereka tahu bagai perilaku Anwar Ibrahim tetapi demi untuk 'membunuh' umno mereka terpaksa setuju dengan setiap perbuatan dan tindakan Anwar Ibrahim.

Tuesday 28 January 2014

#PKRKacauBilau : Azmin Ali anggap @anwaribrahim sudah GILA? @AzminAli @KhalidSamad


#PKRKacauBilau : Duit pembayar cukai digunakan untuk selesaikan masalah peribadi parti PKR @anwaribrahim @abdulhadiawang @cmlimgueneng


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid  Ibrahim.  Soalnya apakah punca, sebab musabab perletakkan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh? Alasan yang diberi kerana nak menghormati kesepakatan dalam pembangkang. Aku yakin rakyat tak akan terima alasan tu melainkan MACAI Anwar Ibrahim sahaja.

Bagi aku paling menguntungkan ialah Anwar Ibrahim, kerana pasti keadaan ini ibarat “diversion” kepada isu Jepun dan isu anaknya yang sedang panas diperdebatkan. Lebih hebat lagi, bukan sekadar mengalihkan isu, tetapi suasana yang sedang diciptanya memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan masalah dalam parti.

Demokrasi, itu bakal diucapkan oleh Anwar Ibrahim dalam menghalalkan strateginya, sedangkan apa yang rakyat perlu tahu ialah, pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dijangka menelan kos sekitar RM2 juta. Dan kos ini bermakna wang rakyat. Bukankah mereka seringkali mendesak agar Kerajaan berjimat dan jangan boros menggunakan wang rakyat? Wang rakyat digunakan untuk selesaikan masalah dalam PKR di Selangor! Membazir!



Aku yakin ramai yang akan boikot PRK Dun Kajang nanti kerana kekosongan DUN berkenaan bukanlah berasaskan norma biasa seperti kematian atau akibat hukuman penjara tetapi kerana strategi kotor PKR dalam cita-cita menyelesaikan masalah dalamannya. Jadi Barisan Nasional harus mengekalkan prinsip yang sama ditunjukkan pada PRK DUN Penanti tahun 2009. Tidak perlu terikut-ikut dengan permainan politik songsang PKR.

Sunday 26 January 2014

Pijak Bendera Jepun: Kedudukan 3000 Pelajar Malaysia di Jepun TERANCAM? @anwaribrahim

KUALA LUMPUR: Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

“Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka.

“Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain.

“Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu,” katanya melalui kiriman e-mel di sini, Ahad.

Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia.
“Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka,” katanya.

Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.
Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan.

Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.

“Tidakkah mereka fikir usaha ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka?

“Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu,” katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

SUMBER: KLXPRESS

Saturday 25 January 2014

Khalimah Allah: Pendirian Nik Aziz sama dengan Tun Mahathir Mohamad @anwaribrahim @mparitbuntar @KhalidSamad



KOTA BHARU – Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

“ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.

Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. – SH.

Kenangan Petikan Ucapan Ustaz Harun Taib yang dibenci oleh DAP dan PKR @anwaribrahim @abdulhadiawang @MahfuzOmar

Malam semalam, anak kepada Allahyarham Datuk Harun Taib telah mengirimkan satu pesanan ringkas kepada kenalan bapanya itu menyatakan bahawa Datuk Harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.00 tengah malam.

Allahyarham pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Sesuai dengan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman menuntut di al-Azhar, Allahyarham diberikan tanggung jawab sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS. Seorang yang tegas dalam pendiriannya, Allahyarham sering mengeluarkan kenyataan yang pro kepada Islam. Atas ketegasannya, Allahyarham tidak disukai oleh rakan-rakannya dari DAP terutamanya Karpal Singh.

Di bawah ini dalah 10 kenyataan Allahyarham yang akan sentiasa diingati dan dijadikan renungan untuk kita semua.

ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,” 

HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”  

sumber: KLXPRESS

Friday 24 January 2014

Isu Jepun: Sengaja dicipta untuk alih pandangan rakyat terhadap kemelut Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim #anwarkenahalau



Memang sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Tapi dia masih nak pusing cerita salahkan Wisma Putra sebagai dalang menpengaruhi kerajaan Jepun untuk menghalangnya memasuki Jepun.  ITU PUN SUSAH MAU FAHAM..

Thursday 23 January 2014

Ketua Pembangkang menerima penghinaan mutlak tahap tertinggi oleh media antarabangsa #anwarkenahalau



Rakyat Malaysia sering dihiburkan dengan kerenah pelawak bermusim yang jarang berhenti dari menghiburkan kita dengan tipu muslihat dan omong kosongnya.

Pada tahun 2008, pelawak berkenaan membuat satu dakwaan yang sangat gempar dan dramatik iaitu pada 16 September 2008, sebanyak 31 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyertai Pakatan Rakyat, namun tuntutan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Dia berkata akan wujudnya satu kabinet bayangan setelah tsunami 2008, namun, sehingga kini perkara tersebut hanya kekal dalam bayangannya.

Dalam tradisi sebenar Pilihanraya Umum, Anwar sekali lagi telah menabur fitnah dimana 40 ribu pengundi Bangla telah diterbangkan untuk mengundi dalam pilihanraya ke 13 dan hanya menafikannya pernah membuat kenyataan itu dalam beberapa bulan kemudian. Harus diingat bahawa dia tidak memperuntukkan sebarang butiran penerbangan, operator bas dan bukti logistik lain bagi menyokong dakwaannya.

Pada pertengahan Ogos 2013, beberapa buah portal berita telah memetik Anwar mengesahkan desas-desus perbincangan antara dia, Najib , dan bekas Indonesia naib presiden Jusuf Kalla. Pejabat Perdana Menteri turut mengeluarkan satu kenyataan bahawa tuntutan Anwar adalah "satu penciptaan dan ciptaan" dibuat bagi kepentingan politik pembangkang dan Anwar sendiri.

Beberapa hari yang lalu, Anwar telah diusir dari Jepun sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Dia mendakwa pegawai imegresen di Jepun menyekat kemasukannya bersabit satu kes terdahulu pada tahun 1999, dan apa yang dikatakan mereka sebagai satu "laporan terkini" adalah disebabkan oleh perbuatan orang-orang tertentu yang telah menetapkan pengusiran beliau adalah secara terus dari Kementerian Luar Negeri, yakni satu dakwaan yang disangkal hebat oleh Kementerian tersebut.

Perkara yang paling memalukan adalah Anwar gagal untuk mendedahkan bahawa kerajaan Jepun tidak membenarkan kemasukan kepada sesiapa yang telah dituduh melakukan pencabulan mana-mana undang-undang atau peraturan Jepun, atau di negara lain , dan telah dijatuhkan hukuman penjara dengan atau tanpa kerja untuk 1 tahun atau lebih, atau kepada satu penalti setara.

Kes pengusiran tersebut telah disiarkan oleh berita antarabangsa dan ini adalah penghinaan mutlak tahap tertinggi untuk pemimpin tertinggi Pembangkang!

Anwar Guna Mafia Yakuza Sekat Pelabur ke Malaysia?? #anwarkenahalau



Anwar Ibrahim mendakwa beliau telah dijemput oleh Yayasan Nippon Yohei Sasakawa untuk membentangkan kertas kerja mengenai Islam Demokrat. Ini adalah jemputan kali kedua sejak jemputan kali pertama ke sana pada 19 April, 2011.

Tetapi sebenarnya Anwar sengaja tidak mahu memberitahu kita semua bahawa yang HOST beliau, Yohei Sasakawa, adalah anak Sasakawa Ryoichi - pencipta industri perjudian yang kita tahu hari ini. Dipenjarakan sebagai Penjenayah Perang Kelas A selepas Perang Dunia II, Sasakawa tidak disenangi oleh oleh para intelektual di peringkat antarabangsa.Paling penting,Sasakawa adalah pengasas Yakuza di Jepun.

Yakuza atau Gokudo adalah organisasi jenayah terancang (organised crime) terbesar di dunia dan mewakili sindiket jenayah transnasional yang berpusat di Jepun. Seperti yang digambarkan dalam banyak filem, Yakuza sangat kejam dengan kod perkelakuan yang amat ketat dan sangat terancang. Menurut laporan media Jepun Yakuza yang beroperasi di peringkat antarabangsa mempunyai anggaran keahlian hampir 103,000.

Lalu, apakah sebab sebenar Anwar beriya iya mahu pergi ke Jepun? Ini yang rakyat ingin tahu.

Tuesday 21 January 2014

Fakta: Mengapa @anwaribrahim dihalau dari Jepun



Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)

Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.

**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga.

Anifah Aman Sekat Anwar Masuk Jepun???


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menuding jari ke aras Wisma Putra punca dia tak boleh masuk ke Jepun, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pulangkan 'paku buah keras' dengan sinisnya, "Kalau benar saya boleh halang Anwar masuk Jepun, saya Menteri Luar paling hebat...".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, Anifah kata hal Anwar tak boleh masuk ke Jepun tak ada kena mengena dengan Kementerian Luar.

"Mungkin ada kaitan dengan isu dalaman Jepun, seperti undang-undangnya... saya pun tak tahu bila Anwar ke Jepun, daripada saya tulis surat untuk halang Anwar, banyak lagi perkara lain yang saya boleh buat..."ujarnya

Saturday 18 January 2014

Gambar Sekitar Himpunan Aman Bantah Tindakan Menghina Perdana Menteri



Berpunca dari tindakkan biaDAP Adun PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang membuat demonstrasi menghina perdana menteri Malaysia dengan replika Perdana Menteri disuap "KANGKUNG" menimbulkan reaksi kurang senang rata-rata penyokong kerajaan terutamanya berbangsa Melayu.

Himpunan yang disertakan hampir 3000 ini diadakan di Pulau Pinang sebagai amaran kepada pembangkang agar jangan bermain dengan sentimen yang bakal mencabar kesabaran orang Melayu hingga akhirnya mengugatkan keharmonian dalam negara.






Sebenarnya perlakuan Adun PKR tersebut langsung tidak mencermin sifat masyarakat sivil yang mendokongi nilai budaya dan adab. Tindakan Adun tersebut adalah gambaran MENTALITI KELAS TIGA

Friday 17 January 2014

Bantuan banjir tanpa mengira orang UMNO atau PAS - DS Shabery Cheek



Saya mahu tidak ada satu keluarga pun yang tertinggal untuk menerima bantuan, bila bencana datang ia tidak mengira orang UMNO atau PAS kita sepatutnya lebih bersatu sebagai pengajaran kepada bencana ini, apabila kita terus berbalah maka bencana yang lebih besar akan menimpa kita. Menguruskan bencana harus dilihat dari perspektif kemanusiaan secara yang semurni mungkin tanpa mengira parti politik atau kaum.

Sumber: FB Shabery Cheek

COMANGGO: Hak Asasi Manusia Vs Hak Allah..



Mengenai polimik isu Comanggo aku ingin ketengahkan 5 perkara yang bertentangan antara Hak Allah dan Hak Asasi Manusia :

  1. Manusia adalah hak mutlak Allah SWT tetapi dalam doktrin Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa setiap manusia adalah hak mutlak dirinya.
  2. Setiap manusia terikat dengan batasan syariat Allah SWT tetapi dalam pegangan Hak Asasi Manusia jelas menyatakan manusia adalah bebas dengan hak dirinya masing-masing.
  3. Allah melarang manusia melakukan perbuatan mengikut hawa nafsunya seperti melakukan aktiviti gay, lesbian dan zina. Dalam Hak Asasi Manusia, dengan jelas menyatakan manusia bebas untuk melayan hak hawa nafsu dan keinginan fitrahnya. Justeru aktiviti gay, lesbian dan zina secara redha adalah hak bagi setiap individu itu sendiri.
  4. Agama yang diredhai Allah supaya manusia menganutinya adalah agama Islam. Namun dalam Hak Asasi Manusia mereka menganggap semua agama adalah sama sahaja dan tidak ada yang lebih antara satu sama lain.
  5. Wanita Islam wajib menutup auratnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Tetapi atas prinsip Hak Asasi Manusia wanita semuanya bebas berpakaian mengikut keinginan dan kehendaknya kerana itu adalah hak mereka.

Kajian Mendapati Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia Tenggara..

PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International.

Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara)

Dengan tajuk ‘Good Enough to Eat Index’, ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat.

Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga.

Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain.

Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14.

Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor.

Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis.

Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020.

Malaysia turut disenaraikan negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik.

Walaupun kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak menghidap sebarang kekurangan zat makanan, tetapi menunjukkan sebilangan kanak-kanak yang kurang berat badan dengan skor 28.

Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile.

Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia.

Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112).

Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai.

“Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat,” kata kenyataan Oxfam.

Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. – Mstar.

Thursday 16 January 2014

Anwar Ibrahim: Apa saja demi AZMIN

PETALING JAYA – Kedudukan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu dikekalkan memandangkan keputusan untuk tidak melanjutkan jawatannya itu, tidak mengikut prosedur.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bidang kuasa dalam menentukan lantikan lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu terletak di bawah bidang kuasa menteri besar dan Exco, bukannya pengurusan PKNS.

“Kalau mengikut peraturan, ia (pelucutan) tidak boleh berlaku, ia hanya dengan kuasa menteri besar atas kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

“Saya nasihatkan menteri besar agar kedudukan Azmin Ali dikekalkan kerana pelucutan itu tidak mematuhi prosedur dalam mengambil sebarang keputusan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan keputusan tidak melantik semula Azmin telah diputuskan oleh pihak pengurusan PKNS bukan daripada pihaknya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini, PKNS menyanggah kenyataan Abdul Khalid dan memberitahu surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Mengulas perkara sama, Anwar menambah, sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu.

“Tiada surat yang sampai pada saya. Pengurus besar tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir mana-mana lembaga pengarah, mengikut peraturan ia tidak boleh berlaku.

“Keputusan hanya boleh dibuat oleh oleh Exco dan Menteri Besar. MB kata dia tidak arah, jadi ada percangahan di situ,” katanya lagi.

Sumber: Klxpress

#Kangkung: Ungku Aziz pun jadi mangsa permainan politik pembangkang

Kuala Lumpur: Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid (gambar) semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz berkata, beliau tiada masa untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.

“Itu satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu... saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam itu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan Perdana Menteri dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik berkenaan, susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, Ahad lalu.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: “Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit, tak sedar akar terendam air parit”.

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata, dakwaan bahawa petikan itu hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana selepas sekian lama terbabit dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.
Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata, beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku. Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya. - BERNAMA


p/s : YDPA dan Raja-raja Melayu dalam titah sempena Maulidul Rasul mengingatkan umat Islam supaya menghentikan polemik perkara remeh kerana boleh mencetuskan persengketaan tidak berkesudahan.

Wednesday 15 January 2014

Isu Giat Mara: Hadiah Tahun Baru Kerajaan Selangor kepada Rakyat..


APA nak jadi ni! ingatkan sudah dah reda. Tapi masih berlarutan. Tak habis-habis soal pendidikan mahu dipolitikkan di Selangor.

Terbaharu, kerajaan negeri dikatakan telah mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini.

Arahan penutupan itu tindakan kedua dilakukan oleh kerajaan negeri membabitkan pusat GiatMara di Selangor selepas penutupan GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam yang dilaporkan pada pertengahan 2012.

Selain arahan penutupan pusat latihan kemahiran itu di Sabak Bernam, kerajaan negeri dikatakan meminta pula Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjelaskan tunggakan sewa bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan hampir RM100,000.

Walhal, difahamkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum 2008, tiada sebarang sewa dikenakan ke atas agensi itu. Ini atas prinsip kerjasama membangunkan pendidikan dan modal insan di negeri ini.

Realitinya, banyak janji dalam bidang pendidikan di Selangor tidak pernah tertunai. Malah, ia 'terhumban' lagi. Orang Melayu di Selangor pasti terkedu melihat tindakan terbaharu kerajaan negeri Selangor ini.

Sejak kerajaan pakatan pembangkang memenangi Selangor Mac 2008, bukan saja banyak masalah yang timbul, malah semua agensi ingin dipolitikan. Ini termasuk institusi pengajian tinggi.

Rakyat Selangor pasti tidak akan lupa bagaimana peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kini Universiti Selangor, kerana campur tangan politik.

Pernah Unisel menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah pendaftaran baru pelajar ke universiti itu. Akibatnya, ibu bapa berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke universiti itu berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.

Demikian juga kita tak lupa nasib anak-anak Selangor sekitar 2012 yang mendapat tajaan Yayasan Selangor yang ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr. Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ia susulan tindakan pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil.

Itu belum termasuk lagi dari aspek pengagihan bantuan kewangan kepada sekolah di Selangor.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukkan sebanyak RM6 juta, Sekolaj Rendah Agama juga RM6 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya diperuntukan sebanyak RM4 juta.

Atas alasan apa agihan ini diberi tidak sama rata jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan, sedangkan Sekolah Tamil di Selangor mempunyai 97 buah berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 109 buah dan Sekolah Rendah Agama 500 buah.

Dahulu, ketika Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hendak bina kampus UiTM di Serendah, ditolaknya oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pelbagai alasan. YBK 'dilanyak kiri dan kanan' hanya kerana tidak mahu menuruti permintaan Abdul Khalid supaya melantik beliau sebagai bos.

Akhirnya rakyat Selangor rugi besar apabila kampus UiTM itu berpindah ke Melaka.

Dengan penutupan GiatMara di Taman Selayang Baru ini, adakah disebabkan 'permainan tangan-tangan ghaib' untuk melanyak pendidikan anak Melayu? Kenapa Pas senyap?

Dahlah membisu seribu bahasa dalam isu kalimah Allah di Selangor, soal GiatMara pun masih lagi sedemikian rupa.

Mana perginya pejuang-pejuang 'pakatan rakyat' yang prihatin? Mana pergi ADUN-ADUN Pas yang heboh dengan 'Negeri Berkebajikan' yang dilaung-laungkan itu?

Sunday 12 January 2014

20,000 Hadir: Kesantunan kerajaan membantu mangsa banjir

Menifestasi dari Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kemaman hari ini untuk menyampaikan bantuan kepada 600 keluarga yang menjadi mangsa banjir baru-bari ini. Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 9.45 pagi dan turut menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasoinal.

Bantuan kepada 600 keluarga yang terjejas akibat banjir merupakan sebahagian daripada lebih 14,000 keluarga di Terengganu yang bakal menerima sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Barisan Sukarelawan banjir yang turut diraikan oleh YAB PM


Hampir 20 ribu hadir dalam majlis bantuan mangsa banjir d Cukai Kemaman.

Penjenayah kejam Yahudi disahkan MATI di Tel Aviv


Ariel Sharon Laknatullah seorang penjenayah kejam Yahudi abad ini telah disahkan MATI di Tel Aviv. Ariel Sharon Laknatullah merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Sebelum nyawa dicabut, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 8 tahun koma.  Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

LIM GUEN ENG AKAN MANSUH PUSAT HIBURAN


Aku lihat ucapan Lim Guen Eng ni cukup ISLAMIK. Tapi boleh pecaya ke dengan pemimpin lidah bercabang ni?? Jika di teliti kenyataan tersebut ianya bermaksud semua pengusaha pusat hiburan bakal gulung tikar tatkala undang-undang ini di wujudkan. Aku masih ingat lagi Kedah di bawah kerajaan PAS. Ketika kerajaan PAS Kedah nak kuatkuasakan undang-undang penutupan pusat hiburan di bulan  ramadhan, SIAPA YANG KUAT MELALAK KALAU TAK DAP. Aku tak nampak Lim Guen Eng benar-benar serius dalam hal ini.

Dalam masa yang sama kenyataan Lim Guen Eng ini kemudiannya di sahut oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pemudanya saudara Rafizal Abd Rahim. Beliau mencabar Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri supaya segera memansuhkan semua jenis pusat hiburan di Pulau Pinang.


KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
BERKAITAN KENYATAAN KETUA MENTERI PULAU PINANG , LIM GUAN ENG DILAMAN TWITTER MILIKNYA BERKAITAN PEMANSUHAN PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan. Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.

Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini. Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya. Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.


Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Tuesday 7 January 2014

PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN: KENYATAAN RASMI MUFTI PERAK BERKAITAN ISU "BUGHAH" DAN HALAL DARAH

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ” 

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh. 

Lanjut di KLXPRESS

Monday 6 January 2014

Anwar Ibrahim pengikut JESUIT????



Anwar Ibrahim adalah pengikut JESUIT ... itu lah dakwaan Yuktes Vijay... Anwar Ibrahim hanya berlakun solat di masjid ketika bersama umat Islam yang lain (bertakiyah ala ala Syiah) kerana itu yang digalakan dalam gerakan JESUIT ... ini adalah dakwaan serius oleh seorang kafir yang mengaku kenal rapat dengan Anwar..

Jika tak benar cepat-cepat lah ambil tindakan undang undang

SUMBER: Minaq Jinggo

Tahniah Rakyat Selangor kerana UNDI DAP PKR PAS...


Dengan Kuasa 2/3 Law Weng San (Adun Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Adun Bukit Gasing) dabn Yeo Bee Yin (Adun Damansara Utama) akan mendesak kerajaan negeri Selangor untuk menggubal Enakman Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
Di sini aku lampirkan Enakmen tersebut untuk kita lebih faham: 


Sekarang ni aku nak tanya... Apa Peranan PAS dan Exco Agama di Selangor? Apa peranan ADUN Muslim PKR di Selangor?

(VIDEO) Budak MUNAFIK Hina ISLAM dan NABI



Mohon Rakan2 Share ttg org ini cukup bahaya
dan merosakkan AKIDAH ISLAM

1.Menghina hadis nabi s.a.w

2.Menghina Islam

3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah

4.Mempersendakan nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri

5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia

6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain

7.Mengangungkan Syiah

8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah

Di manakah jabatan2 agama ketika ini???

Apabila orang membawa manusia kembali kepada quran & sunnah terus ditangkap maka ini lagi teruk bahkan kata2 ini sungguh menyedihkan kepada ISLAM..

Di manakah yg sering laungkan CINTAKAN KEPADA NABI S.A.W,Sering buat maulid nabi?ketika ini nabi s.a.w dihina dan dikeji kata2 nabi s.a.w?

Mohon jabatan agama dan rakan2 yg mampu yg ada kuasa ambil tindakan ke atas BUDAK ini sungguh melampau...Dikhuatiri nanti org Islam akan terpenagruh dgn pemikiran orang ini yg jelas kata2 nya itu Murtad serta merta.

Jangan terpengaruh dgn penagkuan munafik nya sebagai Islam itu sekadar gimik utk hancurkan Islam itu sendiri.

Saturday 4 January 2014

(VIDEO) UMNO Bahagian Cheras bantah penggunaan kalimah Allah oleh paderi Kristian Lawrence Andrew



KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiusaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah
mempersoalkan niat sebenar di sebalik tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew menggesa gereja-gereja katolik di Selangor untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Beliau mempersoalkan niat sebenar Lawrence kerana isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang ia tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

Tindakan Lawrence itu, menurut beliau, seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, keputusan mahkamah serta mempermainkan emosi umat Islam dan jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian kaum di negara ini.

"Oleh itu, UMNO Bahagian Cheras memutuskan untuk membuat laporan polis dan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap tindakan Lawrence.

"Kami berbuat begini untuk menggesa agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beliau bagi menjaga keharmonian negara," jelas Syed Mehdhar ketika ditemui selepas perhimpunan bantahan yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN

Kalimah Allah: Penganut Kristian tidak akan terjejas walaupun tidak menggunakanya



TEGURAN TUN M KEPADA PENGANUT KRISTIAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA...
KUALA LUMPUR - Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata, istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya di sini, semalam.

Dr. Mahathir berkata, sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan. - BERNAMA

Thursday 2 January 2014

Selepas merompak lori roti untuk rakyat..Robin Hood Mengganas lagi di Terengganu


Selepas menahan dua buah lori yang membawa roti Gardenia dan mengagih roti itu kepada pengguna jalan raya yang terperangkap akibat banjir di Chendor, Pahang baru-baru ini,  MB Terengganu buat hal lagi. Tetapi kali ini beliau tolong orang eksiden di Bandar Seri Bandi dengan beri kereta beliau untuk membawa mangsa ke hospital jam 4.30 petang tadi.

Agaknya jika berlaku di Penang, Lim Guan Eng sanggup tak bagi Mercedes SL300 baru dia macam yang dilakukan oleh MB Terengganu ni.

@cmlimguaneng: Gua beli Mercedes Baru Ma...

LIM GUEN ENG beli MERC baru tak sampai 2 bulan lepas beli CAMRY, EXCO SELANGOR naik gaji dan elaun speaker sampai 300%.Tol, CUKAI NIAGA dan CUKAI PINTU d SELANGOR dinaikkan, caj air naik 100% di PENANG..Apsal MACAI tak bising??  

JOM kita lihat apa kata Lim Guen Eng ketika Kerajaan Terengganu buat keputusan nak beli 14 buah kereta Mercedes Benz pada tahun 2008. 
PULAU PINANG: Tindakan kerajaan Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes Benz dilihat sebagai tidak wajar terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, jika Terengganu ingin membeli kereta yang lebih berkualiti daripada Proton Perdana, ia boleh mencari kereta yang lebih murah daripada Mercedes Benz, seperti Toyota.
Dalam keadaan rakyat yang hidup susah, amat tidak wajar bagi pemimpin Umno memakai kereta mewah," katanya kepada hari ini sebagai mengulas tindakan kerajaan Terengganu membeli 14 kereta Mercedes Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta bagi kegunaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanannya.
Lim, yang juga Setiausaha Agong DAP berkata, kerajaan Pulau Pinang sendiri telah membatalkan pembelian kereta Proton Perdana yang ditempah oleh kerajaan negeri yang lalu kerana hendak menjimatkan perbelanjaannya.
Katanya, memang pada asasnya kereta Mercedez itu lebih tahan dan berkualiti daripada Proton Perdana, tetapi tiada sebab bagi kerajaan negeri untuk membelinya ketika ini.

Wednesday 1 January 2014

biaDAP: Muka PM Diletak Slipar


Memang biaDAP!!! Seorang peserta Demontrasi Turun malam tadi dilihat mengusung gambar Perdana Menteri ke hulu ke hilir dengan tujuan untuk meletakkan seliparnya ke muka Perdana Menteri setiap kali lensa kamera fokus kepada beliau.