Wednesday 5 October 2011

Bajet Alternatif Pembangkang: Tun Mahathir Balun Anwar Ibrahim

"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada". Jawapan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Pembangkang. Dilaporkan Pakatan Pembangkang telah membentangkan bajetnya tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Bajet 2012 pada hari Jumaat ini.

Bajet yang dibentangkan oleh pembangkang ini tidak menyentuh peruntukan untuk kementerian-kementerian sebaliknya hanya janji-janji untuk menarik sokongan rakyat. Antara janji-janji mereka ialah bonus RM 1000 setahun kepada warga emas dan golongan suri rumah juga akan mendapat elaun sebanyak RM 1000. 

Persoalannya, bagaimana dengan janji-janji Pakatan Pembangkang di Selangor semasa pilihan raya umum ke 12  untuk memberi elaun kepada warga emas dan anak-anak selangor yang berjaya masuk ke IPT, sampai sekarang belum ditunaikan. "Duit yang kita tak kawal memang senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam di Kuala Lumpur. "Kita boleh buat apa pun seperti janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang pilihanraya." katanya.  Presiden Amerika Barack Obama juga berjanji untuk menutup Guantanamo Bay tetapi sampai sekarang tak tutup.

Alangkah baiknya pihak pakatan pembangkang menunggu kerajaan membentangkan Bajet 2012 jumaat ini sebelum mahu mencadangkan perkara baru. Merangka Bajet bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang dengan hanya kandungan bajet 25 muka surat dan pembentangan tidak sampai setengah jam.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment