Wednesday 30 November 2011

Pengakuan Bekas Kader PAS : KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS


Abu Ubaidi tertarik membaca satu artikel yang ditulis oleh salah seorang aktivis PAS tentang kenapa beliau tinggalkan perjuangan PAS setelah sekian lama berjuang dalam parti itu. Hayati penulisan artikal beliau dan selepas itu tepuk dada tanya IMAN.

Pengakuan Bekas Kader PAS - KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS
Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.
Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.
Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.
Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.
Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.
Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti  Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).
Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!
Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.
Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.
Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.
Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.
Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.
Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.
Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.
Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.
Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.
Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!
Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.
Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.
Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.
Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.
Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.
Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.
Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.
Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.
Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.
Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.
Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.
Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]
Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.
Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.
- Rahman Kadir-
Abu Ubaidi sentiasa berdoa agar umat Islam di negara ini kembali bersatu bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Imran ayat 103 yang bermaksud "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah".

















Abu
 








 


 

Tuesday 29 November 2011

My Court... My Justice and My Jungle Law !!!!


Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, parti itu akan merobohkan tembok penjara untuk membebaskannya.

Lebih teruk apabila kita melihatnya dari aspek perundangan, apakah kenyataan sebegitu membantu mendaulatkan undang-undang negara? Jika itu pegangan Azmin Ali, amatlah malang kepada mereka yang memberi sokongan kepada Azmin dan parti tersebut.

Tindakan Azmin itu jelas membuktikan perjuangan PKR bukan untuk membela nasib rakyat tetapi untuk membela Anwar Ibrahim demi survival politik mereka. Semua sedia maklum, perbicaraan kes liwat Anwar sudah berada pada peringkat akhir. Biarlah orang yang arif membuat keputusan. Sama ada Azmin atau sesiapa sahaja, terimalah apa jua keputusan mahkamah kelak.

Pandangan Abu Ubaidi ialah Azmin Ali akan berhadapan dengan kesukaran dalam PKR sekiranya Anwar Ibrahim tiada di dalam arena politik, tiada sesiapa akan mempertahankannya dan jawatan yang disandangnya sekarang ini adalah hasil ihsan Anwar Ibrahim sendiri. Atas faktor itulah dia bertindak demikian demi meningkatkan lagi perasaan kasih sayang Anwar Ibrahim terhadapnya.

Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Kesempatan yang ada Abu Ubaidi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua keluarga dan rakan-rakan yang mengenali. Semoga tahun ini kehidupan kita lebih mendapat keberkatan dari Allah SWT dan lebih cekal mengharungi detik-detik yang akan datang.

Abu Ubaidi ingin berkongsi sebuah cerita yang boleh menginsafi kita semua kerana sebagai mahkluk Allah kita terlepas daripada kelalaian.

Kisah Benar Di Bilik Mayat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam….

Friday 25 November 2011

Demi Politik : Kerja Menjaga Hal Ehwal Agama Islam Dalam Pakatan Sudah tidak Boleh Dilakukan

Hassan Ali selaku exco yang bertanggunjawab menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Selangor mendedahkan bahawa kerja menjaga kesucian Agama Islam di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak boleh dilakukan. Semua ini angkara untuk menjaga survival politik Pakatan Rakyat di Selangor.

Soal akidah letak ke tepi demi mengaut keuntungan sokongan pengundi terutamanya non muslim. PAS hanya dilihat sebagai boneka kepada DAP dan PKR malah lebih ekstrim lagi ada yang berpendapat "PAS sekarang lebih mirip kepada DAP".


Hassan Ali Kesal Pihak Utamakan Politik Daripada Dakwah
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Shah Alam - Datuk Dr Hasan Ali mengaku amanah yang dipikulnya dalam menegakkan syiar Islam selaku Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di Selangor memberi kesan kepada hubungan beliau dengan pemimpin PAS.

Hasan menegaskan beliau sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan namun kecewa kerana adakala tindakannya, walaupun betul daripada segi menegakkanIslam, ditolak atas perkiraan politik.

"Saya mengalu-alukan (pendapat), saya bukanlah seorang yang apa yang saya katakan itu benar semuanya dan juga tidak mengatakan apa yang saya lakukan itu salah semuanya,”kata Hasan dalam wawancara dengn Antarapos.com.

“Tetapi Ini… kadang-kadang yang benar pun atas nama politik kita tak sokong nampaknya. Bahkan kita ingin pula bukan saja tidak sokong tapi kita sebarkan supaya orang menentang kita." tambah beliau.

Dalam wawancara itu, Hasan turut menzahirkan karenah wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan perkara-perkara yang jelas dalam Islam sebagai isu hak asasi.

Hasan berkata istilah-istilah seperti hak kebebasan dipergunakan sehingga menyekat beliau dalam menjalankan amanah yang diberi kepadanya.

“Saya tidak sangat bimbang mengenai hak kebebasan,keadilan, ketelusan dalam kerajaan dan sebagainya yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, saya tidak ada masalah tentang itu,” kata beliau.

“ Hanya yang jadi masalah saya apabila kita panjangkan pengertian hak kebebasan itu hinggakan saya sebagai exco agama tersekat-sekat kebebasannya.

“Sebagai contoh, kita mencegah orang minum minuman keras di khalayak ramai, dia kata tak boleh dicegah kerana ini adalah pilihan dia, hak asasi dia jadi kita mesti izinkan dia berbuat demikian sedangkan ini bertentangan dengan Enakmen kita,"kata Hasan.

Dalam wawancara lebih sejam di rumahnya, Hasan diajukan beberapa persoalan “tajam” mengenai kebertanggungjawaban beliau selaku Exco Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu.Beliau turut menjaga portfolio infrastruktur dan kemudahanawam.

Hasan ditanya mengenai kekangan dan kecaman yang sering diterimanya bersabit isu-isu pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum Islam di Selangor.

Ini termasuk usaha melarang penjualan arak di kedai Seven Eleven di Shah Alam, mempertahankan tindakan JabatanAgama Islam Selangor bersabit isu Gereja Methodist Damansara Jaya (DUMC) dan pendedahan beliau mengenai cubaan untuk mengkristiankan orang Islam di Selangor.

Yang terbaru, ialah tindakannya menyertai gerakan HIMPUN bulan lalu bagi membicarakan isu murtad walaupun PAS bersama parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat untuk tidak menyokong perhimpunan itu.

Dua bulan lalu, Hasan di ganti sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ADUN Meru, Dr Rani Osman dalam satu rombakan yang disifatkan “biasa” oleh pimpinan PAS.

Dalam wawancara itu, Hasan menegaskan keperluan parti komponen pembangkang untuk lebih terbuka dalam perjuangan Islam yang diisytiharkan oleh PAS.

"Bagi saya, kalau teman-teman dalam komponen Pakatan Rakyat dapat terbuka sikit, misalnya kalau nak laksanakan(negara) Islam (tak boleh) kata 'over my dead body” (langkahmayat saya dulu),” jelas beliau.

“ Ini, rasa saya, tidak cantik dan kita harus menghormati(perjuangan PAS). Kalau Pas tidak memperjuangkan Islam,jadi apa itu Pas? Saya tidak nampak apa yang ada pada Pas,"katanya.

Kenyataan yang dirujuk oleh Hasan itu diluahkan Pengerusi DAP Karpal Singh pada tahun 1999 sebelum beliau memohonmaaf dua tahun lalu. Namun Karpal dan pimpinan tertinggi DAP masih bertegas tidak menyokong undang-undang Islam.

Hasan akur bahawa Portfolio Agama dan Adat resam Melayu yang dipegangnya menjadikan beliau sentiasa “diteropong”dan menjadi sasaran kritikan dan teguran pelbagai pihak termasuk dari PAS.

Namun apa yang mendukacitakan ialah keghairahan untukmelempar tuduhan dan kritikan tanpa fakta dan tanpamendapatkan penjelasan daripada beliau.

"Kalau ada teman-teman yang tidak suka dengan saya, sila jumpa saya untuk berbincang. Pintu pejabat dan rumah sentiasa terbuka, tetapi sehingga hari ini orang membuat kenyataan-kenyataan dan lemparkan tuduhan mengenai apayang saya cakap terutama mengenai Islam dan Melayu…(mereka) tak jumpa saya tetapi dah bercakap dengan akhbar,”kata beliau.

“Inilah masalah yang saya hadapi dan saya ingat kalau kita betul ikhlas dan kadang-kadang saya persoalkan mengenai kejujuran orang-orang yang membuat komen dan ulasan-ulasan negatif tanpa menyelidik dulu. Tetapi sayang, kerana sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat seronok hentam orang,” tambahnya.

Dalam wawancara itu, Hasan tidak menafikan bahawa beliau dikehendaki oleh pihak Istana Selangor untuk “lebih tegas dan tuntas” dalam menangani pelbagai isu membabitkan kedudukan Islam dan adat Melayu.

Hasan berkata segala tindakannya setakat ini, walaupun sederhana namun terlampau “pedas” untuk ditelan pihak yang mempunyai kepentingan diri.

"Apa yang saya lakukan setakat ini rasanya saya di peringkat sederhana, itu pun mendapat tentangan, kontroversi dan hiruk-pikuk,” kata beliau.

“Apatah lagi kalau nak kata lebih tegas lagi, tegas yang bagaimana? Tegas itu relatif, selama ini Hasan Ali tak tegas ke? Lembik sangat ke? Tak bermaya ke? Tak bernafsu ke nak menjalankan kerja dan sebagainya,” tambahnya.

“Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Istana itu ialah bertegas pada waktu dan ketika kita bertegas, berlembut pada waktu kita harus berlembut. Jadi inilah metadologi yangdigunakan Nabi Muhammad s.a.w..

"Kalau nak tegas dan agresif sepanjang masa, itu bukan HasanAli. Kalau nak lembut dan melutut sepanjang masa tu pun bukan saya. Tapi ada masanya kita berkeras dan ada masanya kita berlembut. Saya fikir itulah metadologi Hasan Ali."Tegas beliau.-Antarapos

Thursday 24 November 2011

Rahsia Sulit PKR Bocor


Agen Abu Ubaidi berjaya mengorek rahsia besar PKR yang dirancang untuk persediaan menghadapi PRU ke 13 nanti. Khabarnya jentera PKR siap mengatur strategi sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dimasukkan ke dalam penjara kerana tuduhan meliwat. 

Senario 1 : Pilihanraya diadakan bersama Anwar Ibrahim
 
Berdasarkan statistik terkini oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya, PKR tidak mampu memenangi semua kawasan Parlimen yang mereka menangi pada tahun 2008. Bayak kerusi yang dikenalpasti berstatus HITAM . Beberapa kawasan seperti Wangsa Maju dan Kulim akan kalah teruk.

Dapatan kajian jawatankuasa tersebut, penggunaan maksimum isu video seks telah merosakan kredibiliti dan kewibawaan Anwar. Malah, DAP sendiri mengakui bahawa video Anwar akan mempunyai traction kepada undi mereka.

Final tabulation: PKR hanya mampu menang maksimum 16 kerusi Parlimen.

Senario 2 : Pilihanraya Tanpa Anwar Ibrahim

Anwar yakin akan berlaku 'Tsunami undi simpati' kepada PKR jika ini berlaku. Taruhan Anwar adalah penambahan kerusi Parlimen di Sarawak. Mungkin hanya 1 atau 2. Dengan penyusunan semula kawasan, di mana Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, Azmin Ali berpindah ke Lembah Pantai dan Nurul Nuha (adik Nurul Izzah) bertanding di Setiawangsa. Anwar yakin perubahan itu akan berlaku penambahan kerusi.

Final tabulation: PKR akan menang 20 kerusi Parlimen

Apa yang Abu Ubaidi dapat rumuskan bahawa faktor imej Anwar Ibrahim menjadi punca utama kegagalan PKR di samping banyak isu-isu di negeri-negeri bawah jajahan takluknya yang gagal diselesaikan. Rakyat sudah muak dengan politik retorik yang dimainkan oleh PKR serta rakan-rakan sekutunya.

Wednesday 23 November 2011

Monday 21 November 2011

Selamatkan Madrasah Salihin Kanchut!!!


Abu Ubaidi masih ingat dalam tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS telah melancarkan jihad terhadap Kerajaan Khir Toyo sehingga mengkafirkan Khir Toyo pada masa itu.

Walaupun tujuan dirobohkan Surau itu kerana ingin digantikan dengan sebuah Masjid baru yang lebih cantik, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan Surau itu. Selepas itu rupanya memang sebuah Masjid cantik dibina dan diberi nama Masjid Al-Hasanah.

Jadi apabila Madrasah Salihin Kanchut terletak di Pusat Bandar Alor Star hendak dirobohkan (notis telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri) kerana ingin dibangunkan pusat membeli belah di samping Hotel bertaraf 5 bintang, Abu Ubaidi terus terfikir sudah pasti para mujahidin dari PAS akan mengamuk sekali lagi.

Mana tidak mengamuk, Madrasah tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid, azan tiap-tiap waktu dilaungkan begitu juga solat jemaah tiap waktu didirikan. Malah Madrasah tersebut mempunyai kira-kira 200 ahli kariah yang tinggal berdekatan dengan Jalan Titi Siam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah juga telah memutuskan bahawa Madrasah ini hendaklah dikekalkan ditempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk melakukan aktiviti keagamaan. (Rujuk fatwa bertarikh 21 08 Rejab 1431).

Berdasarkan fakta diatas, sudah tentu para mujahidin PAS akan berbaris panjang membuat rantaian manusia mempertahankan Madrasah tersebut. Tetapi tekaan Abu Ubaidi jauh meleset. Malah Ustaz Azizan berkata siapa yang menentang projek pembangunan itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai atau tak reti bahasa. 

Di sini Abu Ubaidi ingin tegaskan "Madrasah itu bukanlah madrasah biasa tetapi ia telah berusia 102 tahun dan didirikan atas tapak berstatus tanah tanah waqaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau". 

Sebenarnya tak perlu mereka berdemo seperti mana yang berlaku ketika mempertahankan Surau Flat Jubli Perak beberapa tahun lepas kerana sekarang PAS sudah menjadi Kerajaan yang memerintah Negeri Kedah. PAS sudah ada kuasa. Menteri Besar, Exco Agama dan Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan semuanya orang PAS. 

Hanya perlu Menteri Besar PAS dan Exconya membuat keputusan bahawa Madrasah Salihin Kanchut yang berusia 100 tahun itu mesti dikekalkan disitu. Tetapi melihat kepada kenyataan Ustaz Azizan adalah mustahil mereka akan mengambil keputusan tersebut.

Renungan Abu Ubaidi "Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Yang salah menjadi betul sehingga Madrasah yang berusia lebih 100 tahun mahu dirobohkan pun menjadi betul"