Sunday 16 October 2011

Melayu Hilang Kuasa 10 Tahun Lagi


Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial,politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa. Sekiranya trend ini berlaku, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi berhutang dengan pemberi bantuan berkenaan hingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Kita wajar mengambil iktibar senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand. Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya. Perkara ini berlaku kerana ketiadaan kuasa sehingga melemahkan kita dan menjadi alat kepada pihak tertentu. Mungkin pada ketika itu nanti, kita hanya tinggal sejarah untuk dipelajari oleh generasi akan datang.

Pandangan ini daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berucap ketika merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah pada 12 Oktober 2011 di Bangi, Selangor.

No comments:

Post a Comment