Wednesday 30 January 2013

PRU13 BN Mampu Menang - Mahasiswa


Sumber: Agendadaily

Kira-kira 63 peratus mahasiswa di seluruh negara menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini.

Ia berdasarkan kajian dilakukan Yayasan Ehwal Siswa (YES) bulan lalu di tiga universiti utama di Lembah Klang membabitkan 3,000 responden terdiri mahasiswa daripada pelbagai kursus pengajian dan negeri, termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata kajian yang turut membabitkan responden daripada negeri di bawah pimpinan pembangkang turut menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah calon Perdana Menteri popular untuk terus memimpin Malaysia.

"Secara keseluruhannya, 57 peratus responden yang mewakili UKM dengan 75 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus) mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Manakala, secara purata dengan 59 peratus daripada responden berasal dari negeri pembangkang termasuk Selangor dan Pulau Pinang mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri" katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, media sosial seperti Facebook dan Youtube adalah sumber utama yang paling kerap dilayari dan dipercayai oleh mahasiswa untuk mendapatkan berita politik serta perkembangan semasa.

"Dengan sampel yang besar serta kebolehpercayaan yang tinggi, BN dijangka menang,"

Abuubaidi: Menang dengan majoriti 2/3 INSYAALLAH!!!!

Monday 28 January 2013

Najib atasi Anwar 9:4


LEBIH DARI SEBAHAGIAN UMUR YAB DATUK SERI NAJIB RAZAK DICURAHKAN KEPADA RAKYAT

Sunday 27 January 2013

Enggan nyata pendirian, Anwar di'bius' DAP

Keputusan Majlis Syura PAS bikin Anwar PENING






“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu.

Demikian agresifnya pemikiran Anwar terhadap sebarang pandangan pihak yang tidak sealiran dengannya. Walhal yang lebih patut mengambil berat keputusan, pemikiran dan sensitiviti PAS (terutama Dewan Ulama PAS) ialah beliau sendiri dan PKR yang dipengaruhinya.

Jika diamati, Anwar jelas gelisah. Beliau resah sebab PAS kini mengambil keputusan yang agak bertentangan dengan pendiriannya. Bagi Anwar tidak mengapa jika orang Kristian Malaysia guna kalimah Allah dalam Bible. Itu hanya helah politik.

Sebab itu beliau mengulang-ulangi kenyataan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat “terikat” dengan kenyataan Presiden PAS pada 8 Januari 2013. Namun kini Dewan Syura Ulama PAS pula menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif muslimin sahaja.

Anwar menafikan laporan yang mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013. Sebaliknya, beliau cuba mengalih perhatian umum dengan menuduh bahawa ia adalah permainan jahat dan fitnah media Umno BN.

Lanjut Klik SINI

Tuesday 22 January 2013

DS Najib Tun Razak Melawat Gaza


Berita lawatan DS Najib ke Gaza mendapat liputan meluas dalam media Israel. Mereka mungkin risau dengan kedatangan pemimpin malaysia ke Gaza kerana imej baik negara yang sentiasa peka terhadap isu antarabangsa khususnya yang berkaitan dengan umat Islam.

Malaysia terkenal sebagai contoh Negara Islam terbaik di dunia dan ini pastinya memberikan kekuatan moral yang bukan sedikit kepada umat Islam Palestin untuk meneruskan intifada! Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dam Muslim "Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya".

Syabas DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Semoga Allah mempermudahkan urusannya demi bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat Palestin dari cengkaman rejim zionis laknatullah.

Lanjut klik SINI

Tuesday 15 January 2013

Isu Kalimah Allah : PAS Buat Pusingan U




Peristiwa yang melingkari perjalanan PAS seminggu dua ini telah membolehkan rakyat berpeluang membuat penilaian cukup jelas bagaimana agama diperalatkan untuk menjana perjuangan politik. Tidak sampai pun seminggu Majlis Pimpinan pakatan pembangkang termasuk daripada PAS memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama, PAS melalui Majlis Syura Ulamanya membuat keputusan bercanggah. Kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama lain serta tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia.

Persoalan yang jelas ialah apakah status kalimah Allah dalam konteks diperkatakan itu boleh berubah-ubah mengikut keperluan parti atau pandangan orang ramai. Percanggahan sesama pemimpin PAS sendiri cukup jelas dalam hal tersebut. Seolah-olah kepentingan parti menjadi keutamaan dalam hal tersebut.

Apa pun Abu Ubaidi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi tekanan terhadap PAS berhubung kalimah Allah itu sehingga PAS membetulkan pendiriannya.

Tuesday 8 January 2013

Pilih Semula CEC...


DAP telah mencipta satu lagi drama semata-mata mahu mengembalikan wakil Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat CEC parti itu. Insiden kesilapan pengiraan undi hanya taktik bagi menampakkan parti itu masih mengekalkan prinsip berbilang kaum.

Hairan kenapa selepas tiga minggu baru DAP mengaku kesilapan? Dalam keputusan yang dipinda itu, Zairil iaitu Setiausaha Politik Guan Eng yang hanya mendapat 305 undi sebelum ini, sebenarnya memperolehi 803 undi, sekaligus meletakannya pada kedudukan ke 20 dalam CEC parti itu.

Lanjut klik SINI