Monday 30 September 2013

Mulai Tahun Hadapan BR1M 2 Kali



Mulai tahun hadapan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dilakukan sebanyak 2 kali. Sudah tentulah perkara itu yang diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah adalah satu berita yang mengembirakan.

Abu Ubaidi yakin, jumlah RM500 yang diberikan sebelum ini akan ditingkatkan seperti mana dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini. Biarlah pemberian dua kali ini dilakukan pada awal tahun dan pertengahan tahun.

Matlamat utama kerajaan ialah membela nasib rakyat walaupun gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU ke 13 lepas ia tetap diteruskan tanpa mengira latar belakang politik seseorang. Asalkan cukup syarat maka dia berhak menikmatinya.

Kepada pembangkang janganlah segalanya mahu dipolitikkan. Janganlah mengeluarkan 1001 hujah yang bukan-bukan demi mengajar sesetengah rakyat untuk tidak bersyukur.

Abu Ubaidi : Alhamdulillah

Tuesday 17 September 2013

16 September Tarikh Membongkar Penipuan Pembangkang...


Tarikh 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Pengakuan seorang Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming bahawa dakwaan kononnya wujudnya pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar.

Abu Ubaidi tidak terkejut dengan pengakuan ini kerana ketika pembangkang mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan pilihan raya sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri tidak ada satu pun menyebut mengenai kedua-dua kejadian berkenaan. 

Sebenarnya dakwaan tersebut terpaksa dilakukan oleh pembangkang bagi menghalalkan kekalahan mereka dan sikap tidak mahu menerima keputusan rakyat yang terus memihak kepada BN.

Abu Ubaidi berharap rakyat menilai kenyataan Ong Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang sebagai bukti bagaimana dalam keadaan terdesak dan demi mencapai matlamat politik mereka, pembangkang bersedia melakukan apa sahaja taktik termasuklah melemparkan fitnah dan tohmahan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap BN.

Tuesday 3 September 2013

Bersikap Rasional Dalam Menghadapi Kenaikan Harga Minyak..


Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan 20 sen bagi setiap liter petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa selepas tengah malam tadi.

Seperti biasa ramai yang mempersoalkan "Kenapa harga petrol Malaysia tidak semurah Brunei"???. dan "kenapa Malaysia sebagai negara pengeluar minyak mempunyai harga petrol yang mahal"???. Kita sebenarnya tidak boleh membandingkan antara Malaysia dan Brunei kerana dari segi faktor kekayaan dan saiz populasi amat jauh bezanya.

Brunei mampu memberikan subsidi yang lebih untuk harga petrol kerana hampir kesemua kekayaan mereka diperolehi daripada hasil perolehan minyak. Dengan jumlah populasi hanya 407,000 iaitu lebih kecil daripada populasi bandar Seremban. Berbanding dengan Malaysia yang memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Menjawab persoalan kedua iaitu kenapa Malaysia sebagai negara pengeluar minyak mempunyai harga petrol yang mahal. Jawapannya adalah kerana Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama. Malaysia tidak layak untuk menanggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) kerana kita lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya.

Sebenarnya banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh. Tidak adil membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan juga jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentu tidak wajar.

Kita masih lagi beruntung kerana jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK. Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 Billion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 Billion).

Harga petrol di Malaysia masih murah dan secara perbandingan, harga petrol di Malaysia adalah kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara. Bersyukurlah...