Thursday 27 October 2011

Bongkar: Politik Perkauman DAP - Part 1

Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis. Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti Sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat.

Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, DAP mengantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap Pilihanraya Umum dengan fahaman yang menolak sistem politik pelbagai kaum. DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai parti sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperolehi 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).

DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan PAS pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN). Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi PAS. Sementara itu, MCA atau GERAKAN dilihat bersifat sederhana.

Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.

Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik. Keinginan DAP mewujudkan semacam 'ala republik' di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan.

Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin. 

Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan PAS berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP. Sementara PAS dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan menguatkan keuntungan politik, tetapi PAS kurang sedar akan taktik DAP itu !!!! Bersambung

No comments:

Post a Comment