Friday 28 September 2012

Pandangan Pakar Tentang baJET Pembangkang. Realistik atau Syok Sendiri??



Pakar ekonomi menyifatkan bajet bayangan yang dikemukakan pakatan pembangkang semalam sukar dilaksanakan kerana ia menggugat kestabilan pasaran, selain menjejaskan perolehan kerajaan.

Cadangan menghapukan tol dan menurunkan cukai kereta kepada 20 peratus, potongan cukai eksais secara mendadak juga tidak sesuai ketika ketidaktentuan ekonomi global.

Mereka berpendapat cadangan itu dilihat ‘mesra rakyat’ tetapi persoalannya sejauh mana ia boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan pasaran dan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata cadangan penghapusan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam masa yang singkat sukar dilakukan kerana ia memberi kesan negetif kepada pendapatan kerajaan.

Cadangan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula tidak munasabah kerana pinjaman pelajaran diperlukan untuk membantu rakyat mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Katanya, pinjaman adalah saluran yang relevan untuk digunakan oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Adalah tidak munasabah untuk menghapuskan pinjaman pelajaran. Pembiayaan berkesan yang disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sejajar dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan,” katanya.

“Jika dilihat dari sudut sosial, ia tidak adil kepada pelajar yang sudah membuat pembayaran balik pinjaman mereka dengan penghapusan pinjaman itu,” katanya.

Ketua Ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain juga berpendapat tidak wajar menghapuskan pinjaman kepada pelajar kerana ia mengundang kepada peningkatan sikap kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

Beliau berkata pergantungan kepada subsidi kerajaan adalah tidak positif bagi perkembangan ekonomi negara.

“Apa yang sepatutnya perlu dilakukan adalah melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga pelajar mempunyai pekerjaan,” katanya.

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, pula berkata penghapusan pembiayaan pelajaran dan tol bersifat terkebelakang dalam proses merangka kemajuan negara.

Penghapusan memaksa kerajaan mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan, di samping wujud masalah seperti pengurangan tenaga kerja, penurunan kualiti infrastruktur jalan serta sekatan mendapat akses pendidikan tinggi.

“Dengan sumber negara terhad, kerajaan tidak mamapu menampung sektor yang memerlukan belanja besar seperti pembinaan infrastruktur dan pendidikan.

“Jadi mereka perlu memaklumkan sumber pendapatan bagi menampung kos kerana penghapusan tol dan pinjaman pelajaran akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan semakin tinggi,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussain, berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya mengurangkan semangat daya saing pelajar, di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak IPT awam bagi memberi akses pendidikan percuma.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee pula berpendapat penghapusan kedua-duanya akan menyebabkan perbelanjaan bagi sektor lain seperti perkhidmatan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan mungkin terjejas.

Jika semua pelajar memilih IPT awam kerana mahu mendapatkan pendidikan percuma, ramai mungkin tidak berpeluang menyambung pelajaran peringkat lebih tinggi.

Tuesday 25 September 2012

Jet Eksekutif : Pinjam? Ditaja? atau Sewa?


Anwar Ibrahim terpaksa buka mulut untuk mengakui gambar yang menunjukkan beliau bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang menaiki jet eksekutif mewah adalah benar dan ditaja oleh seorang kenalannya.

Rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya bila pula Anwar mahu mendedahkan identiti penaja jet eksekutif berkenaan. Kalau diberitahu cepat, tak timbullah syak wasangka.

Daripada maklumat yang diperolehi, jet eksekutif jenis Dassault Falcon 900 didaftarkan di bawah Fargo Bank Northwest adalah milik kenalan Anwar dari Amerika Syarikat.

Tapi, kenyataan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu, pesawat itu hanya disewa oleh pakatan pembangkang. Yang mana satu betul - ditaja kata Anwar atau disewa kata Tian Chua?.

Kalau ditaja sudah pasti ia bukan diberi dengan niat kosong sahaja. Sudah tentu penaja harapkan habuan jika Anwar akan menjadi Perdana Menteri.

Kalau disewa pula, berapa kosnya. Bahan api untuk jet eksekutif itu bukannya murah macam minyak petrol kereta. Khabarnya sudah banyak kali pesawat itu digunakan untuk ke Sabah dan Sarawak.

Tak dapat nak bayangkan kalau mereka sudah kuasai Malaysia, mungkin bertambah hebat lagaknya.

Monday 24 September 2012

PRU 13: Jangan Buat Silap & Tersalah Pilih - Tunku Aziz



TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (dua dari kanan) bersama Tan Chee Chong (kiri), Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min di Forum The Day When We Were In DAP di Jalan Perak Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.

Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.

"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.

"Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan.

"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini.

Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan.

Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.

Tunku Abdul Aziz menambah, beliau menerima permintaan tinggi untuk mengadakan program itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Sunday 23 September 2012

Dana Soros: Punca Editor Berita MalaysiaKini Letak Jawatan



Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

“Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca.

“Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros,” katanya dalam satu temu bual.

Chong menekankan bahawa beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi perlu bersikap telus selepas menerima wang tersebut.

“Namun saya percaya dalam etika kewartawanan, terutamanya di Malaysiakini turut mempertahankan ketelusan dan keterbukaan,” katanya.

Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya ww.desiderata2000.blogspot.com beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara oraganisasi yang didakwa menerima dana asing.

Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros.
 
“Pada ketika itu, saya berkhidmat sebagai editor berita dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini.

“Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini,” katanya.

Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran.

Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI.

“Malah, Gan berkata ia akan membawa kemusnahan kepada Malaysiakini jika mereka mengaku menerima dana tersebut,” katanya.



Monday 17 September 2012

Wajar Laporan Polis Dibuat Ke Atas Lim Guen Eng?


Mereka yang dipercayai menghina gambar YAB Perdana Menteri telah dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka yang dipercayai menghina gambar YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz & Tuan Guru Hadi Awang juga sudah ditangkap.

Bagaimana dengan penghinaan sebagaimana di dalam gambar ini?
Apakah perlu suatu laporan polis untuk mendakwa mereka yang melakukan penghinaan secara terang-terangan akibat perbezaan pandangan politik kepartian?
Atau tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka?