Friday 21 October 2011

Muammar Gaddafi Terbunuh


Bagaimana beliau berjaya menggulingkan pemerintahan Raja Idris pada tahun 1969 dalam satu pertempuran berdarah, begitu juga nasib dialaminya yang berakhir dengan peristiwa pembunuhannya. Bekas pemimpin Libya itu tumbang ditangan pemberontak hingga terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte. Kematiannya disambut dengan sorak gembira oleh rakyat Libya, terutamanya pemberontak yang berusaha keras mengulingkannya melalui tunjuk perasaan besar-besaran sejak Februari lalu.

Gambar-gambar detik kematiannya yang dirakam tersebar meluas di internet melihat bagaimana beliau dipukul dan dikasari sebelum beliau terbunuh. Turut terbunuh bersamanya adalah Bekas Menteri Pertahanan ketika zaman pemerintahanya iaitu Abu Bakr Younis dan anak lelakinya iaitu Mo'tassim.

Pemerintah kerajaan sementara Libya akan mengistiharkan pembebasan Libya dan berazam untuk memulakan Negara Libya yang baru, satu rakyat dan satu masa depan. Persoalannya, sejauh mana kestabilan dapat diwujudkan di Libya selepas jatuhnya rejim Muammar Gadafi. Sejarah telah buktikan jatuhnya rejim Sadam Hussin, kehidupan rakyat Iraq bukan bertambah baik malah bertambah buruk begitu juga yang berlaku ke atas rakyat Mesir. Ketamakan kuasa sesetengah pemimpin arab, yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Moga-moga perkara yang berlaku dihadapan kita sebagai pedoman dan iktibar untuk memelihara bumi tercinta ini dari tangan-tangan perosak yang bersengkokol dengan talibarut asing untuk menjahanamkan negara.

Abu Ubaidi berkata " Yang pasti rejim Israel bertambah kuat dan berkuasa"

No comments:

Post a Comment