Thursday 28 November 2013

Gaji Perdana Menteri Malaysia VS Gaji Perdana Menteri Selangor


Berapakah gaji seorang Menteri Besar di Selangor? 

RM70,750.00 belum kira lagi elaun sebagai Pengerusi Anak Syarikat Negeri Selangor.
Gaji Menteri Besar = RM29,250
Elaun Keraian= RM5,000
Elaun Rumah= RM3,000
Elaun pem rumah= RM1,000
Elaun Tukang Kebun= RM1,000
Gaji exco= RM20,250
Gaji Adun= RM11,250

Jumlah = 70,750

Kalau la BN yang buat, beranak pinak 7 keturunan hangpa MAKI...

Tuesday 26 November 2013

Kalah Naib Presiden PAS: Mahfuz lepas geram di Dewan Rakyat



Itulah kisahnya Mahfuz Omar yang melepaskan geram dan marahnya kerana perwakilan akar umbi PAS tidak lagi mahu mengangkat dirinya sebagai salah seorang pimpinan PAS. Memang patut pun dia marah, segala penat lelah dia selama ini seolah-olah tidak diiktiraf...

Monday 25 November 2013

Husam Musa tikam belakang Anwar Ibrahim???



"Satu hari, saya katakan pada diri saya, aku nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia. Satu hari... (tegas Husam). Sebelum dia mati.

Kalau kita katakan Presiden kita adalah pemimpin yang baik, tetapi kita tidak ada keyakinan langsung untuk membawa beliau ke Putrajaya, dan kita katakan kalau kita ke Putrajaya, kita akan tinggalkan Islam di pintu Putrajaya, ini adalah kalimat yang merosakan perjuangan kita" kata Husam Musa.

Persoalanya mengapa sekarang baru bercakap mahu Hadi Awang jadi PM? Kenapa tidak ketika Husam bertanding di Putrajaya? Apakah Anwar Ibrahim sudah diyakini sebagai pemimpin yang tidak baik bagi Husam Musa? 

Adalah lebih baik PAS perjuangkan dulu supaya Ustaz Hadi Awang jadi Ketua Pembangkang. Anwar Ibrahim dilihat sedang keliru susulan kenyataan mengenai isu 40,000 orang bangla yang bantu memenangkan BN dalam PRU13. Lanjut klik SINI

Sunday 24 November 2013

PAS bantah konsert Metalica tapi benarkan konsert rock

Anwar Ibrahim KaNtoi!!!

Mat Sabu berjaya singkirkan Ulama



Jika sebelum ini ramai pemerhati melihat agak sukar bagi Mat Sabu untuk mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal kedua kerana desakan akar umbi terlalu kuat untuk mengembalikan kepimpinan ulama dalam PAS.

Namun keputusan yang diumumkan lewat petang semalam menyaksikan Mat Sabu menang dengan mendapat 588 undi berbanding pencabarnya, Nik Mohd Amar hanya mendapat 490 undi. Ramai pemerhati politik melihat kemenangan Mat Sabu mampu menyelamatkan survival politik PAS bersama DAP.

Mat Sabu pernah dilabelkan sebagai golongan pelampau liberal yang diberi kesempatan di dalam PAS sebagai “meriam buluh” yang hanya kuat berbunyi tapi tidak memberikan sebarang kesan yang efektif.

Adakalanya pula, dia dilihat lebih cenderung pada golongan pro-Anwarinas meskipun dia adalah insan yang bertanggungjawab menggelar Anwar sebagai “Al-Juburi” suatu ketika dulu. Tapi sejak bersama PKR dan DAP, gelaran “Al-Juburi” yang disebut Mat Sabu itu tidak lagi kedengaran di dalam siri-siri ceramahnya seperti dulu…

Ketika heboh diperkatakan tentang isu fahaman Syi’ah yang digazetkan sebagai sesat, Mat Sabu adalah di antara tokoh pemimpin yang dikatakan berkait rapat dengan fahaman itu. Dengan kecetekan ilmu dan kedangkalan fahaman Islamnya, dia dilihat begitu mengagung-agungkan kepimpinan Syi’ah di Iran meskipun mereka-mereka itulah yang mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah.

Tahniah kepada perwakilan PAS kerana memberi peluang sekali lagi kepada Mat Sabu walaupun pada PRU13 beliau telah ditolak rakyat di kawasan kubu kuat mereka sendiri iaitu Pendang.

Sunday 17 November 2013

Konspirasi pembangkang jatuhkan empayar Al-Bukhary


Apabila Melayu berjaya ada saja yang mengata..! ada saja yang tak kena..! Jangan kasi Melayu hidup..! Lebih lagi Melayu yang berjaya meneyelamatkan maruah dan mengelakkan Melayu Islam dari menanggung dosa..! Melayu berjaya macam ni mesti 'dibunuh'..! Lebih malang tangan yang membantu nak membunuh tu ialah tangan yang namanya pun Melayu..!

LANJUT KLIK SINI

Wednesday 13 November 2013

Kesungguhan kerajaan untuk melihat rakyat malaysia memiliki rumah


Abu Ubaidi amat teruja dengan kesungguhan kerajaan untuk melihat rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Langkah terbaru iaitu menyediakan skim pembiayaan dengan kadar bayaran bulanan jauh lebih rendah daripada kadar pinjaman biasa adalah satu lagi bukti komitmen kerajaan dalam usaha mensejahterakan rakyat.

Skim itu khusus untuk membantu rakyat yang gagal memperoleh pinjaman biasa bagi memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Kerajaan telah menyasarkan pembinaan 80,000 rumah PR1MA setiap tahun dan langkah terbaru ini sekurang-kurangnya memberi peluang semaksimum mungkin kepada rakyat untuk mendapatkan kemudahan pinjaman.

Melalui skim baharu itu, pembeli PR1MA mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000. Dalam masa terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan secara rasmi mengenai pelaksanaan skim itu selepas perincian pelaksanaanya dibawa ke pengetahuan Kabinet minggu ini.

Pastinya dalam kerangka menyediakan perumahan mampu milik sebanyak mungkin dan disertakan dengan kemudahan pinjaman, usaha juga perlu dibuat bagi mengekang kenaikan harga semua jenis rumah kediaman. Ia amat perlu supaya kedudukan harga rumah yang sesuai akan turut membantu memudahkan rakyat memiliki rumah.

Inovasi dari penggunaan bahan mentah serta kaedah pembinaan tertentu kemungkinan juga boleh menyumbang dalam mengekang kenaikan harga rumah.

Tuesday 5 November 2013

PAS Menang Mahfuz Salahkan SPR..


PAS menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diatas kekurangan nilai perbezaan majoriti diantara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan SPR menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja merupakan faktor mengapa undi kepada PAS berkurangan ekoran ramai pengundi yang layak tidak dapat hadir kerana bekerja pada hari mengundi.

"Sepatutnya SPR mesti mencari ruang untuk menggalakkan kesedaran untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.

"Sebab itu saya berharap supaya SPR tidak lagi mengadakan pilihan raya pada hari bekerja kerana menafikan sebahagian daripada mereka yang tidak berpeluang untuk balik kerana jauh (dari tempat mengundi," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Agama Yan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengurangan majoriti undi PAS pada PRK Sungai Limau kepada 1,084 undi berbanding 2,774 undi pada PRU13.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS selepas penyandangnya Allahyarhan Tan Sri Azizan meninggal dunia.

Keputusan PRK tersebut menyaksikan Dr Sohaimi tewas kepada Mohd Azam dengan kiraan undi 10,895 berbanding 12,068 dari PAS.

Sehingga penutup tempoh mengundi pada jam lima petang di kesemua 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Limau, sejumlah 23,249 pengundi menjalankan tanggungjawabnya di kotak undi.

P/s: Menang pun salah tambah lagi kalau kalah.. Tabiat buruk tu tak pernah berubah dalam pembangkang