Saturday, 26 May 2012

Azmin Ali: Kembalikan Padang Bola Kami

Kini Pakatan Rakyat di Selangor berdepan tentangan dari penyokong kuat mereka sendiri ketika PRU ke 12. Padah bila berjanji tidak dikotakan, rakyat tidak pernah lupa dan sentiasa menanti setiap janji yang taburkan oleh pemimpin kepada mereka. Moralnya bila berjanji ukurlah baju di badan sendiri, jika tidak padahnya seperti anda saksikan tadi.

Monday, 21 May 2012

Dalang Yang Membawa Irhsad Manji Ke Malaysia Sudah Diketahui

 

Kehadirannya di Malaysia adalah untuk mempromosikan buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Kedatangannya diuruskan oleh ZI Publication yang dimiliki oleh anak Datuk Zaid Ibrahim iaitu Ezra Zaid. Ezra zaid mempunyai hubungan baik dengan Nurul Izzah Anwar dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Irhsad Manji juga dilihat sebagai individu yang mengagumi Anwar Ibrahim. Bukunya sebelum ini "The Trouble with Islam Today: A Muslim's call for Reform in Her Faith" yang telah diharamkan di Malaysia telah menyentuh tentang Anwar Ibrahim. Beliau mengambarkan Anwar sebagai model kebebasan bersuara dunia Islam dan simbol hak asasi manusia.

Bacaan lanjut sila klik SINI



Ceramah PKR - Candle Light Vigil Oleh Ust Badrul Amin



Sesungguhnya umat Islam dalam kegelapan dan ini cara PKR untuk menerangi kegelapan tersebut??

Siapa Irshad Manji???


Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas dalam dalam menghalang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji daripada menyebarkan fahaman songsang itu kepada umat Islam di negara ini. Malah pihak JAKIM sendiri telah mengesahkan Irshad berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme selain mendukung hak LGBT.

Irshad Manji dilahirkan di Uganda pada 1968. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Intelektual dari Universiti Of British Colombia. Beliau secara terbuka mengakui dirinya seorang Lesbian dan mendakwa agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Beliau bergerak dalam sebuah pertubuhan yang diasaskannya iaitu Ijtihad yang didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

Jadi, semua umat Islam perlu berhati-hati dan sentiasa peka dengan pelbagai ideologi yang cuba di bawa masuk semata-mata untuk mencari pengaruh dan semua pihak wajib menghalang sebarang program melibatkan wanita tersebut. Kerajaan perlu bertindak lebih tegas kerana mutakhir ini juga ramai pendokong LGBT Barat yang dilihat gemar berkunjung ke negara ini.


Saturday, 19 May 2012

Muzakarah UMNO - PAS Musnah!!!

 

Impian Umat Islam di negara ini untuk melihat kedua-dua pemimpin parti ini duduk semeja untuk membincangkan isu-isu Islam dan Melayu dilihat gagal. 

Sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"UMNO kena terima PAS sekali dengan Pakatan Rakyat. Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan Pakatan,"

Kenyataan Nik Aziz ini mengecewakan SELURUH UMAT ISLAM di negara ini, sedangkan dengan DAP sekalipun Nik Aziz boleh duduk semeja tapi bila dengan UMNO pelbagai helah dan alasan yang diberikan.

Dalam dunia ke arah Globalisasi ini, umat Islam tidak mampu lagi berpecah-belah sedangkan musuh-musuh Islam sedaya upaya membawa masuk pengaruh-pengaruh sesat seperti Pluralisme dalam agama, Liberalisme dan LGBT.

Kerana kepentingan Politik mereka sanggup lacurkan Agama dan persetankan penyatuan...
Terima Kasih Tuan Guru Nik Aziz...
Terima Kasih Parti 'Islam' Semalaysia...
Semoga Allah merahmati kamu semua....