Tuesday 31 December 2013

SAH!!! Puak ni memang nak #Guling Kerajaan #RPDM31D



Himpunan Guling: Poster Presiden Pertama Malaysia Diedarkan


Poster Anwar Ibrahim sebagai presiden telah ditampal di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini.
Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan juga yang memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
Haprak pakatan mau jatuhkan kerajaan secara kudeta setelah gagal secara demokrasi semasa PRU13..
Jika mereka mahu jatuhkan kerajaan dan mahu menjadikan negara sebagai republik.. nasib raja raja melayu menjadi taruhan.. Adakah rakyat Malaysia akan mendiam diri???

Boikot Malaysiakini: Ikuti Live Himpunan Guling Kerajaan di KLXPRESS #RPDM31D


Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013 merupakan percubaan terakhir pembangkang pada tahun ini untuk menjatuhkan kerajaan setelah kegagalan mereka memenangi Pilihanraya Umum ke-13 pertengahan tahun ini.

Perhimpunan ini dikepalai oleh, Che' gu Bard yang konon tidak berpaksikan pada mana-mana parti politik, mendakwa mampu meraih seramai 500 ribu demonstran.

Ikuti Laporan Langsung di KLXPRESS

#AZAM2014 11 Langkah Penjimatan Kerajaan


PM umum 11 langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;

Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.


Sumber: Astro Awani

Monday 30 December 2013

Mereka yang menjadi pemerintah melalui rusuhan jalanan akan jatuh melalui rusuhan jalanan - TUN MAHATHIR MOHAMMAD


HIMPUNAN GULING KERAJAAN: SUDAH 1005 LAPORAN POLIS DIBUAT..



Statistik laporan polis...
Setakat ini berhubung bantahan 'Himpun Guling Kerajaan' adalah seperti berikut:-

Perlis - 41
Kedah - 75
Pahang - 93
Perak - 210
Pulau Pinang - 13
Terengganu - 58
Kelantan - 44
Selangor - 139
K. Lumpur - 12
N. Sembilan - 6
Melaka - 80
Johor - 78
Sabah - 148
Sarawak - 8
JUMLAH KESELURUHAN 1005 Laporan

Sunday 29 December 2013

TERKINI: KADAR TOL BARU PADA 01.01.2014?


KUALA LUMPUR – Ketika orang ramai sudah boleh membayangkan peningkatan kadar tol berikutan tersebarnya di laman sosial senarai ‘harga baru’ yang didakwa dikeluarkan oleh konsesi tol, timbul ura-ura kenaikan itu tidak akan berlaku.Walaupun syarikat-syarikat konsesi tol sudah meminta kebenaran daripada kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya, belum ada sebarang keputusan rasmi dibuat mengenainya.

Sebuah portal memetik kenyataan sumber kerajaan sebagai berkata, jadual baru kenaikan harga tol yang disebarkan di laman-laman sosial sejak beberapa minggu lalu adalah tidak benar.

Menurut sumber berkenaan, syarikat konsesi berkenaan belum menerima ‘lampu hijau’ daripada kerajaan, di sebalik bantahan umum termasuk para penyokong kerajaan terhadap rancangan syarikat terbabit untuk mengumumkan semakan kadar baru.

Sebelum ini, sebanyak 25 syarikat konsesi tol termasuk di Selangor dilaporkan akan menaikkan kadar tol masing-masing mulai tahun depan.Semakan tersebut membabitkan cadangan kenaikan antara 20 hingga 40 peratus.Bagaimanapun, syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sebelum ini mengumumkan tidak akan berbuat demikian.

Friday 27 December 2013

Jangan beri muka kepada puak Himpunan Guling Kerajaan...


KERAJAAN jangan memberi muka kepada puak yang mahu mencetuskan huru-hara menerusi Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang pada Selasa ini. Polis perlu memberi respons pantas terhadap laporan-laporan yang dibuat di seluruh negara yang menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan jahat itu. Ratusan laporan polis tersebut mewakili pelbagai lapisan rakyat terbanyak.

Kebimbangan dan kegelisahan rakyat terbanyak terhadap agenda khusus segelintir orang ini perlu diredakan dengan segera. Ia menjadi lebih kerana pada masa yang sama rancangan terbabit boleh mewujudkan suasana tidak harmoni yang boleh menyumbang kepada kekidakstabilan politik tanah air.

Lagipun, yang lebih penting, sistem di negara kita memadai dan mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menyuarakan apa juga pendapat dan kehendak. Kita baru sahaja menjalani pilihanraya umum, yang secara jelas memberi hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan secara demokrasi. Apakah kita sudah tidak percaya lagi kepada sistem yang kita sendiri julang?

Jangan menjadikan apa yang berlaku di sebuah negara jiran sekarang sebagai acuan untuk bertindak dalam menuntut hak-hak tertentu. Kita sendiri boleh melihat betapa ketenteraman, keharmonian dan aspek keselamatan boleh lenyap dalam sekelip mata apabila kita salah memilih cara untuk bertindak.

Kepada penganjur perhimpunan, janganlah menggunakan taktik lama kononnya atas nama rakyat yang mahu perubahan. RAKYAT TELAHPUN MEMBUAT KEPUTUSAN MENERUSI CARA YANG SAH.

Wednesday 25 December 2013

Isu Penjualan Aset Kerajaan: Rafizi putar belit dan tidak bertanggunjawab - MOF


Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

PEN:16/2013/12 Kewangan


Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan berikut :

SIARAN MEDIA
  MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut  diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swastauntuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.


Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.


Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

24 Disember 2013

Monday 23 December 2013

Jom tengok Jabatan Facebook Negara #Shabery difitnah #TolakFitnah

Kenaikan Tol: Anwar ludah ke langit jatuh ke muka sendiri...


Rupa-rupanya ketika zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, beliaulah paling banyak meluluskan pembinaan lebuhraya yang secara tidak langsung “memaksa” rakyat membayar tol.

Tol seperti LDP (1996), BESRAYA (1996), AKLEH (1996), Lebuhraya Baru Pantai (1997) dan SKVE (1998) dibuat ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Sebagai Menteri Kewangan, beliau mempunyai kuasa untuk berbincang, mengkaji sebelum menandatangani perjanjian dengan pihak konsensi.

Tetapi mengapa setelah berada di pihak Pembangkang, beliau seolah-olah cuci tangan mengkritik kerajaan serta mengambarkan BN sebagai kejam dan zalim????

Apa yang berlaku sekarang adalah hasil kesilapan beliau sendiri dan DS Najib terpaksa menanggung beban yang dibuat sendiri oleh Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dulu.

Thursday 12 December 2013

SYIAH: "Abg Mat Sabu Sujud Atas Batu Leper" - Tok Guru



Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.
Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ” Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
“Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005,” kata Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut syiah.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman syiah dan akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di kalangan rakyat Malaysia. 

Monday 9 December 2013

Memikirkan #MangsaBanjir Buat Emosi Shabery Cheek Terganggu..


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mula tidak senang duduk sebaik sahaja mendapat maklumat banjir yang melanda Pantai Timur bukan lagi banjir yang sebagaimana lazimnya setiap penghujung tahun, apabila bencana itu semakin melumpuhkan kawasan yang diwakilinya.

Ketika itu beliau menyertai Perhimpunan Agung UMNO yang baharu memasuki hari kedua di ibu negara. Namun Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memutuskan untuk bergegas pulang secepat mungkin.

Perasaannya berbaur cemas dan sayu apabila air didapati naik dengan pantas, meliputi kawasan yang cukup luas, termasuk yang tidak pernah dilanda banjir selain banyak halangan yang membataskan pergerakan serta perhubungan untuk membantu dalam kadar segera.

Apabila banjir di luar jangkaan itu yang awalnya cuma dilaporkan lebih 20 mangsa pada hari pertama terus memuncak dan menjadi begitu buruk, orang ramai mula panik dalam usaha untuk berpindah dan mendapatkan bantuan sehingga keadaan menjadi kelam kabut.

“Keadaan benar-benar menguji emosi saya," ujar Ahmad Shabery berkongsi apa yang ditempuh dan dilalui oleh beliau dan penduduk dengan Utusan Malaysia ketika banjir yang melanda berpanjangan sehingga memasuki hari kelapan hari ini. 

Beliau sendiri tidak menyangka banyak kawasan tenggelam dan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan naik mendadak dalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan suasana kelam kabut.

“Sepatutnya pada 4 Disember saya memasuki Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sebagai wakil Majlis Tertinggi, tetapi saya tidak mampu untuk menunggu bagi meneruskannya apabila memikirkan keadaan di sini.

“Ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menaiki pesawat ringan, saya mengambil keputusan untuk meninjau seluruh Kemaman terlebih dahulu sebagai persiapan apa yang perlu dilakukan sebaik mendarat," katanya.


Ahmad Shabery berkata, keadaan mula menjadi panik pada malam Rabu apabila orang ramai mula meminta bantuan setelah bekalan elektrik terpaksa diputuskan dan bekalan air juga terhenti.

“Saya tidak boleh melelapkan mata pada malam itu kerana membayangkan penduduk yang sedang menjerit resah dan bimbang meminta tolong tetapi kelengkapan yang tidak cukup menyulitkan keadaan.

“Keadaan benar-benar kelam kabut apabila penduduk tidak boleh mengisi minyak kenderaan, perkhidmatan bank tergendala, perniagaan tidak dapat dijalankan dan sistem komunikasi yang lumpuh.

“Kami hanya mampu menghantar bot Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membawa keluar penduduk yang terperangkap terlebih dahulu," ujarnya.

Tambah beliau, lawatan pertamanya di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok benar-benar menguji emosinya apabila melihat penduduk yang terpaksa bersesak di situ.

Katanya, terdapat juga kawasan yang tidak boleh dilalui langsung dengan bot penyelamat misalnya di Seberang Tayor dan Pasir Gajah kerana arus air yang kuat yang memaksa beliau meminta bantuan pasukan tentera dan maritim untuk menghantar bantuan menggunakan helikopter.