Monday 17 October 2011

Profesor Angkuh !!!


Tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berkenaan isu memurtadkan Orang Islam di sebuah gereja pada Ogos lalu boleh dianggapkan sebagai kurang ajar. Beliau cuba berselindung disebalik falsafah undang-undang apabila kenyataannya dikecam hebat oleh pelbagai pihak dan mengugut untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia yang kononnya memutarbelitkan fakta.

Kronologi isu ini bermula apabila sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya. Pemeriksaan terhadap premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut. Susulan itu, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri mengarahkan JAIS menyiasat dan membuat laporan lengkap. Keputusan terhadap siasatan itupun sudah diketahui dan disahkan terdapat cubaan untuk memesongkan akidah orang Islam tetapi disebabkan kekurangan bukti menyebabkan pendakwaan gagal dibuat.  Sultan Selangor telah buat pengumuman "bahawa baginda amat tersinggung dalam usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor". 

Persoalanya, mengapa si profesor ini bermati-matian mempertahankan pihak gereja dan mengkritik hebat tindanakan Sultan Selangor yang digambarkanya "mengambil tindakan bukan kelazimannya" dan tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten serta tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagai ketua agama berdasarkan kepada perlembagaan, baginda berhak dan memikulkan tangungjawab dalam apa jua isu membabitkan agama islam dan rakyatnya. Isu murtad ini bukan perkara ringan kerana ia membabitkan akidah dan kita wajar menentang setiap usaha pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam. Jangan kerana politik, kita sanggup mengadaikan agama demi menagihkan sokongan pihak tertentu.
wallahualam..

No comments:

Post a Comment