Tuesday 13 December 2011

Dosa-Dosa Dr Hassan Ali Terhadap DAP


Minggu ini isu politik yang paling hangat dihebohkan ialah berkaitan dengan nama Datuk Dr Hassan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada PRU ke 13 akan datang. Isu ini meletup setelah nama ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah disingkirkan oleh PAS Selangor dan beliau dikatakan menjadi duri dalam daging bagi PAS dan sekutu mereka dalam usaha menawan Putrajaya pada PRU ke 13 nanti.

Sebenarnya itulah ganjaran yang diterima oleh Dr. Hassan Ali setelah lantang memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam di Selangor. PAS kini sudah mengorbankan cita-cita politik mereka demi menjaga hubungan intim mereka bersama PKR dan DAP. Mana-mana pemimpin PAS akan selamat sekiranya mereka mengikut rentak dan kemahuan politik PKR dan DAP. Tetapi tidak kepada Hassan Ali kerana tindakan mempertahankan akidah orang Islam telah melukakan hati PKR dan DAP.

Terdapat dua isu utama yang menyebabkan Dr Hassan Ali dilebelkan sebagai duri dalam daging kepada Pakatan Pembangkang iaitu kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara Dr Hassan Ali dengan seorang lagi exco selangor iaitu Ronni Liu. Kemudian yang terbaru isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos yang lalu. Masih ingat bagaimana Tan Sri Khalid telah memohon maaf kepada pihak gereja sedangkan laporan penuh berkaitan insiden itu belum dikeluarkan oleh JAIS.

Melihat isu-isu yang diperjuangkan oleh Hassan Ali itu sudah tentu pengguguran beliau telah mengembirakan DAP dan menyeronokkan PKR kerana manusia yang dilebelkan sebagai duri dalam daging itu sudah tiada. Malah mereka akan berpesta kerana tindakan terbaru PAS ini terbukti bahawa PAS di dalam Pakatan Pembangkang hanya sebagai pengikut dan jauh sekali untuk memimpin. Sebagai pengikut, PAS akan melakukan apa sahaja demi kepentingan politik menawan Putrajaya.


Pesan Abu Ubaidi : Sokong PAS bukan bererti sokong Islam, tidak sokong PAS bukan bererti jadi Jahiliah

1 comment:

  1. Apapun pandangan anda tentang PAS dan Pakatan Rakyat itu adalah hak mutlak anda..cuma pada saya tentang Dr Hassan ALi..dari sudut peribadi beliau adalah ikon yang baik tetapi dalam konteks politik,beliau lebih cenderung untuk memilih apa yang diyakininya daripada apa yang diyakini dan dipegang oleh jutaan ahli PAS.Dalam apapun perjuangan apatah lagi perjuangan ISLAM..mengenepikan jemaah adalah satu langkah yang amat silap.

    ReplyDelete