Thursday 8 December 2011

DAP Menang lagi - Tiada Hudud Dalam Manifesto Pakatan Pembangkang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Hukum Hudud tidak akan dimasukan ke dalam manifesto Pilihanraya Umum ke 13 Pakatan Pembangkang. Sebenarnya Abu Ubaidi sudah menjangka PAS tidak akan berani memasukkan hukum tersebut dalam manifesto Pilihan Raya ke 13 nanti.

Pemimpin PAS kini sudah terikut-ikut dengan gaya Ketua Pembangkang yang bagaikan 'sesumpah'. Depan orang melayu dia janji lain, berdepan kaum bukan melayu dia sebut yang sebaliknya. Nasihat Abu Ubaidi usahlah terikut dengan pemimpin itu, kerana jika pemimpin PAS terikut maka jauh terpesonglah perjuangan PAS. Bukan negara Islam yang diperjuangkannya dahulu sudah lenyap, negara kebajikan yang dicanang-canangkanya sekarang pun akan berkubur.

Abu Ubaidi penuh yakin sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang menang PRU 13 nanti, DAP dan PKR tidak akan membenarkan PAS melaksanakan undang-undang berlandaskan syariah. Bukti sudah jelas di depan mata seperti di negeri Kedah dan Selangor.  Contohnya botol arak yang dirampas dari dijual kepada orang ramai oleh PAS di Shah Alam tak sampai 2 jam kerana desakan DAP terpaksa disusun semula.

Pesan Abu Ubaidi : PAS janganlah  hanya dilihat menjadi jaguh di pentas ceramahnya sahaja.



No comments:

Post a Comment