Saturday 10 December 2011

Lim Guen Eng tengelam.. timbul


Tabik hormat Abu Ubaidi berikan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bagi peluang kepada orang yang mempersoalkan kemampuan kapal selam negara menaiki kapal tersebut sempena Pameran Udara dan Maritim di Langkawi. Ketua Menteri Pulau Pinang itu akhirnya mengaku bahawa pembelian kapal selam itu bukan satu pembaziran tetapi diperlukan untuk pertahanan negara.

Abu Ubaidi amat berharap setelah ditunjukkan kemampuan kelengkapan canggih ATM itu, jangan ada lagi suara-suara sumbang yang mempersoalkan aset pertahanan negara secara terbuka terutamanya di pentas-pentas politik. Mereka boleh mempersoal harga dan spesifikasi aset yang dibeli tetapi jangan persoalkan kemampuan pertahanan yang dimiliki oleh ATM.   Dari aspek pertahanan negara, ketiga-tiga cabang tentera negara iaitu udara, laut dan darat perlu sentisa siapsiaga dengan teknologi terkini bagi menghadapi sebarang ancaman di masa hadapan.

Pesan Abu Ubaidi : Sedang menunggu tawaran Zahid Hamidi kepada Tony Pua untuk belayar tiga hari tiga malam dari Langkawi ke Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah.

No comments:

Post a Comment