Tuesday 20 November 2012

Murtad Sesama Islam : Ismail Mina Kecam Nik Aziz


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mengecam tindakan melampau Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggambarkan UMNO sebagai parti murtad.

Sambil melahirkan rasa kesal, beliau berkata hanya gerakan khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama terutamanya terhadap sebuah parti yang memiliki lebih tiga juta ahli beragama Islam.

Ismail Mina bagaimanapun berkata, beliau sendiri tidak tergamak melabelkan Pas gerakan khawarij kerana percaya ramai pemimpin parti itu menolak kenyataan melampau Nik Abdul Aziz tersebut.

Hairan dengan tindakan Nik Aziz, beliau turut memberitahu tidak pernah berlaku dalam sejarah gerakan Islam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup melabel parti lawan sebagai murtad, seolah-olah telah mengambil tugas Allah SWT menghukum mana-mana pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

"Apa yang dituturkan oleh Nik Aziz sudah melampaui batas dan tersasar jauh dari ajaran Islam.

"Pas semakin taksub kepada kekuasaan politik sedangkan Islam mengajak kepada kasih sayang, bukannya kebencian," katanya.

Beliau turut mengingatkan Mursidul Am Pas itu agar tidak berasa sempurna memandangkan dikalangan ulama berpendapat lebih baik tersalah iktiraf kafir sebagai muslim daripada mengkafirkan seorang Islam.

"Hanya gerakan khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama.

"Pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin sendiri yang telah diseksa, dipenjara, dicabut kuku dan sebagainya pun tidak pernah mengkafirkan pemerintah Mesir yang terbukti zalim dan menindas," katanya.

Beliau turut mempertikaikan prinsip Pas yang seringkali menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai ikon perjuangan politik namun tidak mengamalkan prinsip gerakan tersebut serta begitu mudah mengkafirkan sesama Islam.

Sumber : KL Pos

Abu Ubaidi: Persoalannya wajarkah kerajaan yang melaksanakan sebahagian besar ajaran Islam tetapi tidak melaksanakan sebahagian kecil ajarannya disifatkan sebagai menolak Islam?

No comments:

Post a Comment