Thursday, 23 February 2012

Mengapa Mereka Tinggalkan Perjuangan Anwar Ibrahim

 
Gambar ketika perlancaran ngo JATI yang dipimpin oleh Dr Hasan Ali

Dua tokoh ini adalah rakan seperjuangan Anwar Ibrahim ketika di zaman ABIM. Bersongkok hitam ialah Prof Dr Sidek Baba dan berkopiah putih ialah Ustaz Ismail Mina. Prof Sidek Baba pernah ditahan di bawah ISA ketika zaman reformasi dan pernah menjadi setiausaha agung ABIM di saat anwar menjadi presiden ABIM. Manakala Ustaz Ismail Mina pula antara penggerak utama ABIM. Persoalanya kenapa mereka tinggalkan perjuangan bersama Anwar Ibrahim???
 

Isu pluralisme agama atau menyamaratakan semua agama hangat dibincangkan setelah Ketua Pembangkang itu dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman itu. Menyedari pemikiran Anwar Ibrahim terpesong, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang kebanyakannya dianggotai bekas ahli dan pemimpin ABIM telah menganjurkan beberapa siri wacana sebagai teguran kepada Ketua Pembangkang itu.

Tuduhan itu semakin hangat apabila Ismail Mina Ahmad yang mengenali Anwar sejak bersama-sama menuntut di Universiti Malaya telah meninggalkan perjuangan bersama Anwar kerana fahaman yang dipegang oleh rakannya itu boleh membawa kepada kekufuran. Prinsip yang terkandung dalam pluralisme agama menyamaratakan semua agama di mana penganutnya mempercayai semua agama itu benar dan ia sama sekali tersasar dari perjuangan asal umat Islam terutamanya di Malaysia berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Fahaman yang bercanggah dengan akidah itu turut diharamkan oleh Majlis Agama Indonesia dan disokong oleh dua pertubuhan terbesar Islam di Indonesia iaitu Nahdatul Ulama dan Muhamaddiyah. Jadi, tidak kira apa yang dikatakan oleh Ismail Mina itu ada kebenaranya atau hanya pandangan pribadi seperti mana yang dipertahankan oleh penyokong Anwar, fahaman pluralisme agama di negara ini perlu dibentras dan disekat sebelum ia memudaratkan umat Islam di negara ini.

p/s : mereka ini adalah tokoh ilmuan, terpaksa memasuki gelanggang politik kerana sudah tidak tertahan dengan agenda kerosakan yang Anwar bawa. Jika orang sebegini sudah hadir dan menyatakan kesediaan mahu menentang anwar, anda bagaimana ?

No comments:

Post a comment