Sunday, 2 February 2014

(VIDEO) Penduduk Kajang Menolak Anwar Ibrahim?



Strategi kosongkan DUN Kajang untuk beri laluan Ketua Umum PKR jadi MB Selangor dikecam

Keputusan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang dilihat sebagai percaturan peribadinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 


Meskipun Anwar memberikan alasan ia strategi memastikan Selangor menjadi asas kukuh mengambil alih Putrajaya, pengumuman itu juga menguatkan teori ia bagi menyelesaikan pertelingkahan Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali. 

Ia berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang membayangkan keputusan memilih Anwar adalah perintis laluan ke arah pelantikan Anwar sebagai Menteri Besar.

Salah guna sistem demokrasi untuk kepentingan diri

Pemuda PAS ancam boikot pilihan raya kecil

Penduduk Permatang Pauh ingatkan pengundi Kajang jangan tertipu

Penyokong PKR Kajang tolak Anwar



No comments:

Post a comment