Tuesday 1 November 2011

Menu Rakyat 1Malaysia Kesinambungan dari Restoren Rakyat


Program Menu Rakyat 1Malaysia semakin mendapat sambutan dari pengusaha premis makanan di seluruh negara dengan rekod penyertaan mencecah 977 pengusaha sehingga pertengahan Oktober lalu. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati hampir kesemua peserta program memberikan reaksi yang positif terhadap usaha untuk mengurangkan beban rakyat itu. Pelanggan yang datang semakin bertambah dan ini secara langsung akan meningkatkan jumlah pendapatan peniaga.

Melalui pakej Menu Rakyat 1Malaysia, orang ramai hanya perlu membayar paling tinggi RM2 untuk bersarapan dan RM4 makan tengah hari. Bagi Sabah dan Sarawak, harga maksimum dikenakan RM2.50 dan RM5, masing-masing untuk bersarapan dan makan tengah hari. Pihak Kementerian akan mensasarkan jumlah penyertaan sebanyak 3,000 primis pada tahun 2012.

Kenaikan harga minyak mentah dunia khususnya pada 2007 dan 2008 menyebabkan kos saraan hidup rakyat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia meningkat berkali ganda. Keadaan bertambah buruk apabila perubahan iklim dunia yang tidak menentu menyebabkan berlakunya banjir dan kemarau di negara-negara pengeluar makanan utama dunia. Langkah kerajaan memperkenalkan menu rakyat 1Malaysia bertepatan dengan keadaan semasa dan memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menikmati hidangan dalam harga berpatutan.

Apa yang jelas, program Menu Rakyat 1Malaysia dilihat sebagai kesinambungan kepada pengenalan Restoran Rakyat yang diperkenalkan semasa pentadbiran bapa Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak ketika negara menghadapi kemelesatan ekonomi sekitar tahun 1970 -an.

No comments:

Post a Comment