Saturday 1 February 2014

#PRKKajang : PAS perlu tuntut kembali haknya menduduki kerusi Menteri Besar @anwaribrahim @abdulhadiawang @azminali


Kepimpinan PAS di semua peringkat ketika ini menunjukkan keberanian luar biasa apabila mengkritik hebat wayang politik PKR ekoran perletakan jawatan ADUN Kajang, Lim Chin Cheh. Apa yang tidak boleh diterima oleh PAS ialah tindakan itu dilakukan tanpa diadakan perbincangan dan dibuat atas tujuan politik rakus Anwar Ibrahim.

AJK PAS Pusat, Nasruddin Hassan menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR itu HARAM dan telah mengkhinati amanah serta memudhratan rakyat. Dewan Pemuda PAS pula memberi amaran akan memboikot pilihanraya kecil tersebut. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah turut menganggap PKR melakukan pengkianatan kepada rakan Pakatan. Lebih ekstrim ialah pandangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Norazli Musa yang mengaitkan tindakan PKR yang tidak berbincang dengan PAS seperti pengkianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhamad SAW.

Adakah PRK DUN Kajang yang akan datang nanti merupakan medan PAS untuk kembalikan maruah parti yang sering menjadi PAK TURUT kepada PKR dan DAP? Sama-sama kita tunggu. Jika sebelum ini PAS berbesar hati menyerahkan kerusi Menteri Besar Selangor kepada PKR biarpun dalam PRU ke 13, rakyat Selangor begitu jelas memberi sokongan padu kepada PAS berbanding 2008. PAS menang 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi. DAP sememangnya tidak boleh jadi calon MB kerana mereka bukan Melayu dan Bukan Islam. Ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor.

Persoalannya apakah penentangan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS itu hanya sementara atau hanya pemimpin tertentu dalam parti. Memandangkan khadam yang setiasa taat kepada Anwar Ibrahim, Mat Sabu telah menggesa anggota parti taat dan patuh kepada keputusan yang dibuat oleh PKR, walaupun tanpa sebarang rundingan dengan rakan dalam pakatan. Maruah PAS akan terus tercemar jika khadam seperti Mohd Sabu membiarkan PKR terus memdominasikan dalam Pakatan Pembangkang bersama DAP sedangkan kedua-dua parti tersebut amat bergantung kepada PAS untuk meraih sokongan orang Melayu. 

Oleh itu, dalam kes di Selangor, PAS perlu menuntut kembali haknya menduduki kerusi Menteri Besar memandangkan PKR telah mungkir janji apabila mahu menyingkirkan Khalid Ibrahim. Berani kah PAS???

No comments:

Post a Comment