Friday 4 October 2013

PAS berdepan laluan lebih getir di Sungai Limau..


SPR telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah iaitu pada 4 November depan. Ini bermakna selesai sahaja pemilihan UMNO peringkat tertinggi dan bahagian, pemimpin yang menang mahupun kalah perlu turun padang untuk membantu jentera parti merampas kembali kerusi DUN Sungai Limau dari tangan PAS.

Hakikatnya, PRK DUN Sungai Limau ini tidak semudah seperti di Kuala Besut. Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS sejak tahun 1995 lagi. Namun, BN masih berpeluang kerana dengan aura MB baru, Mukriz Mahathir serta pengaruh Jamil Khir Baharom terhadap sekolah pondok dan sekolah agama, dilihat menyukar sedikit laluan PAS untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

BN perlu pastikan jentera kali ini lebih kuat dan tersusun berbanding di Kuala Besut. Perpecahan disebabkan Pemilihan Bahagian perlu dielakan. Ini kerana di Bahagian Jerai menyaksikan pertandingan antara Jamil Khir Baharom dengan Suhaimi Abdullah. Jika berlaku perpecahan sudah tentu lebih mudah bagi PAS untuk kekalkan kerusi.

Isu pembangunan juga perlu dimanfaatkan oleh jentera BN. Ini kerana, ketika allahyarham Ustaz Azizan menjadi MB, penduduk Sungai Limau sendiri kecewa kerana tidak banyak pembangunan di situ. Projek Penapisan minyak yang direncanakan di Pulau Bunting (dalam kawasan DUN Sungai Limau) gagal dilaksanakan oleh PAS.

Begitu juga dengan masalah dalaman PAS sendiri yang belum selesai antara Mahfuz Omar, Amiruddin Hamzah, Taulan Mat Rasul dan Phahrolrazi Zawawi. Malah tentangan daripada sebilangan ahli PAS terhadap Ustaz Azizan sebelum ini dijangka akan berterusan terhadap calon baru yang bakal diletakkan oleh PAS di situ nanti.

Di atas beberapa faktor di atas abu ubaidi melihat PAS akan berdepan laluan sukar di PRK DUN Sungai Limau nanti. Wallahu alam


No comments:

Post a Comment