Wednesday 2 November 2011

Awas!!!! Kumpulan Kaum Pencinta Seks Sejenis Cuba Mencari Pengaruh


Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pihak-pihak tertentu yang tegar memperjuangkan agenda itu. Hari ini sehingga 13 November depan akan berlangsung Program Seksualiti Merdeka 2011 yang disokong oleh 20 pertubuhan NGO termasuk Majlis Perguam dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Program yang akan berlangsung selama 13 hari ini dipromosikan melalui laman web www.seksualititimerdeka.org kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan Gay dan Lesbian agar diterima dalam kalangan masyarakat di negara ini. Beberapa aktiviti telah diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan. Alasan pihak penganjur melaksanakan program ini kerana mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Pandangan Abu Ubaidi, atas nama hak asasi dan atas nama civil liberties, mereka mencipta satu lagi polemik iaitu kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul, kebebasan segala-galanya. Kegoaan mereka semakin terserlah apabila nama-nama besar yang pro pembangkang merestui program ini.




No comments:

Post a Comment