Tuesday 15 November 2011

Sebelum Kita Dibuang Pastikan PRU ke 13 Kita Buang Mereka Dulu


Abu Ubaidi ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua kakitangan awam yang mana sekarang ini begitu giat sekali menyokong pakatan pembangkang. Hadiah pertama pembangkang sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada PRU ke 13 ialah mengurangkan saiz kakitangan awam kepada separuh berbanding sekarang.

Itulah kenyataan yang dicanangkan oleh Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam satu seminar bersama kaum Cina di Johor baru-baru ini. Antara lain Tony Pua menyatakan pembangkang tidak akan mengambil ramai graduan universiti menyertai sektor awam. Jika mahu membuat pengambilan pun hanya memilih yang berkualiti dan menggalakan kakitangan yang sudah tua berhenti kerja.

Persoalanya adakah kakitangan yang ada sekarang ini tidak berkualiti dan apakah tiada masa depan bagi kakitangan awam yang agak lanjut usia? Abu Ubaidi melihat kenyataan Tony Pua itu penuh dengan muslihat dan satu lagi provokasi DAP yang sarat dengan agenda tersirat. Fasa pertama mereka melakukan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap pemimpin politik kerajaan dan kini masuk fasa kedua iaitu menghentam institusi kerajaan termasuk kakitangannya.

Seluruh kakitangan awam perlu sedar sekiranya pakatan pembangkang yang diterajui DAP berkuasa kelak maka separuh dari jumlah 1.2 juta kakitangan awam terpaksa balik kampung tanam jagung. Tidak kurang juga ramai yang akan menerima title penganggur demi untuk memenuhi cita-cita politik mereka. Aneh mengapa sektor perkhidmatan awam menjadi sasaran mereka sedangkan sektor tersebut selama ini menjadi nadi penting pembangunan negara dan sentiasa dihargai. Mungkin anda sendiri ada jawapannya.

Ayuh!!! PRU ke 13 nanti sama-sama kita benamkan mereka sebelum kita dibenamkan..

No comments:

Post a Comment