Tuesday 8 November 2011

Amalan Korban Pun Mereka Nak Persoalkan..biaDAP

Alhamdulillah ketika ini umat Islam diseluruh dunia sedang rancak melaksanakan ibadah korban sebagai tanda Kesyukuran kita kepada Allah SWT serta sama-sama dapat membantu orang lain khususnya golongan fakir miskin dalam menikmati daging korban.

Namun pada waktu yang sama terdapat NGO iaitu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST)mempertikaikan amalan penyembelihan di kawasan terbuka kerana binatang sembelihan seperti Lembu dianggap sebagai binatang suci oleh penganut agama Hindu.Upacara penyembelihan korban lazimnya dijalankan diperkarangan masjid dan surau tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain.

Mengapa setelah berkurun lama umat Islam di negara ini melakukan ibadah korban baru sekarang mereka ingin mempertikaikan. Bagaimana sekiranya nanti terdapat pula NGO Islam yang mempertikaikan sambutan Thaipusam dan pesta tanglung? Mereka seharusnya menghargai sifat toleransi umat Islam dan tidak mencampuri urusan agama lain.

Isu ini sengaja dibangkitkan oleh segelintir org bkn Islam yg mahu mengaut populariti segera sebelum PRU ke 13 akan datang. Selama ini kita hidup dalam suasana yang cukup aman dan damai walaupun rakyat berbilang kaum dan agama. Jangan kerana memenuhi cita-cita politik sempit golongan tertentu, kita mengadaikan nikmat yang telah sekian lama kita nikmati.

No comments:

Post a Comment