Sunday 12 January 2014

LIM GUEN ENG AKAN MANSUH PUSAT HIBURAN


Aku lihat ucapan Lim Guen Eng ni cukup ISLAMIK. Tapi boleh pecaya ke dengan pemimpin lidah bercabang ni?? Jika di teliti kenyataan tersebut ianya bermaksud semua pengusaha pusat hiburan bakal gulung tikar tatkala undang-undang ini di wujudkan. Aku masih ingat lagi Kedah di bawah kerajaan PAS. Ketika kerajaan PAS Kedah nak kuatkuasakan undang-undang penutupan pusat hiburan di bulan  ramadhan, SIAPA YANG KUAT MELALAK KALAU TAK DAP. Aku tak nampak Lim Guen Eng benar-benar serius dalam hal ini.

Dalam masa yang sama kenyataan Lim Guen Eng ini kemudiannya di sahut oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pemudanya saudara Rafizal Abd Rahim. Beliau mencabar Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri supaya segera memansuhkan semua jenis pusat hiburan di Pulau Pinang.


KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
BERKAITAN KENYATAAN KETUA MENTERI PULAU PINANG , LIM GUAN ENG DILAMAN TWITTER MILIKNYA BERKAITAN PEMANSUHAN PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan. Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.

Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini. Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya. Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.


Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment