Tuesday 15 November 2011

Diskriminasi Kerajaan Selangor Terhadap Penjawat Awam


Minggu lepas Menteri Besar Selangor mengumumkan kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan dan hasil kerajaan dalam belanjawan negeri 2012. Bravooo dari Abu Ubaidi. Lanjutan dari pengumuman tersebut, MB Selangor iaitu Tan Sri Khalid telah memperkenalkan gaji minimum RM 1500 kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri semata-mata.

Persoalannya kenapa penetapan gaji minimum ini hanya kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri dan bagaimana nasib kakitangan awam negeri selangor? Bukankah MB Selangor telah mengumumkan peningkatan pendapatan kerajaan negeri dalam belanjawan negeri 2012. Berapa kerat sangat kakitangan GLC Selangor yang berpendapatan bawah RM 1500.00? Sepatutnya kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid melaksanakan dasar gaji minimum itu kepada kakitangan awam negeri yang bergaji rendah dahulu dan bukan hanya kepada kakitangan GLC semata-mata. Malah GLC juga ditubuhkan di bawah akta syarikat yang sudah tentu skim perkhidmatannya adalah berbeza daripada skim perkhidmatan awam negeri. Bayaran bonus saja sudah berlipat kali ganda. Fikir-fikirkan lah...

No comments:

Post a Comment