Thursday 24 November 2011

Rahsia Sulit PKR Bocor


Agen Abu Ubaidi berjaya mengorek rahsia besar PKR yang dirancang untuk persediaan menghadapi PRU ke 13 nanti. Khabarnya jentera PKR siap mengatur strategi sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dimasukkan ke dalam penjara kerana tuduhan meliwat. 

Senario 1 : Pilihanraya diadakan bersama Anwar Ibrahim
 
Berdasarkan statistik terkini oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya, PKR tidak mampu memenangi semua kawasan Parlimen yang mereka menangi pada tahun 2008. Bayak kerusi yang dikenalpasti berstatus HITAM . Beberapa kawasan seperti Wangsa Maju dan Kulim akan kalah teruk.

Dapatan kajian jawatankuasa tersebut, penggunaan maksimum isu video seks telah merosakan kredibiliti dan kewibawaan Anwar. Malah, DAP sendiri mengakui bahawa video Anwar akan mempunyai traction kepada undi mereka.

Final tabulation: PKR hanya mampu menang maksimum 16 kerusi Parlimen.

Senario 2 : Pilihanraya Tanpa Anwar Ibrahim

Anwar yakin akan berlaku 'Tsunami undi simpati' kepada PKR jika ini berlaku. Taruhan Anwar adalah penambahan kerusi Parlimen di Sarawak. Mungkin hanya 1 atau 2. Dengan penyusunan semula kawasan, di mana Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, Azmin Ali berpindah ke Lembah Pantai dan Nurul Nuha (adik Nurul Izzah) bertanding di Setiawangsa. Anwar yakin perubahan itu akan berlaku penambahan kerusi.

Final tabulation: PKR akan menang 20 kerusi Parlimen

Apa yang Abu Ubaidi dapat rumuskan bahawa faktor imej Anwar Ibrahim menjadi punca utama kegagalan PKR di samping banyak isu-isu di negeri-negeri bawah jajahan takluknya yang gagal diselesaikan. Rakyat sudah muak dengan politik retorik yang dimainkan oleh PKR serta rakan-rakan sekutunya.

1 comment:

  1. Nurul Izzah di Permatang Pauh? apakah dia juga akan meletakkan jawatan sekiranya Anwar didapati tidak bersalah (sekiranya sebelum ini bersalah) oleh mahkamah Rayuan?

    Azmin Ali di Lembah Pantai? Risiko tinggi tu bro. Raja Nong dah mula buat tapak kat situ.

    Nurul Nuha mungkin selamat di Setiawangsa sekiranya pengundi di sana tidak berubah fikiran. hehehe

    ReplyDelete