Friday 25 November 2011

Demi Politik : Kerja Menjaga Hal Ehwal Agama Islam Dalam Pakatan Sudah tidak Boleh Dilakukan

Hassan Ali selaku exco yang bertanggunjawab menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Selangor mendedahkan bahawa kerja menjaga kesucian Agama Islam di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak boleh dilakukan. Semua ini angkara untuk menjaga survival politik Pakatan Rakyat di Selangor.

Soal akidah letak ke tepi demi mengaut keuntungan sokongan pengundi terutamanya non muslim. PAS hanya dilihat sebagai boneka kepada DAP dan PKR malah lebih ekstrim lagi ada yang berpendapat "PAS sekarang lebih mirip kepada DAP".


Hassan Ali Kesal Pihak Utamakan Politik Daripada Dakwah
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Shah Alam - Datuk Dr Hasan Ali mengaku amanah yang dipikulnya dalam menegakkan syiar Islam selaku Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di Selangor memberi kesan kepada hubungan beliau dengan pemimpin PAS.

Hasan menegaskan beliau sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan namun kecewa kerana adakala tindakannya, walaupun betul daripada segi menegakkanIslam, ditolak atas perkiraan politik.

"Saya mengalu-alukan (pendapat), saya bukanlah seorang yang apa yang saya katakan itu benar semuanya dan juga tidak mengatakan apa yang saya lakukan itu salah semuanya,”kata Hasan dalam wawancara dengn Antarapos.com.

“Tetapi Ini… kadang-kadang yang benar pun atas nama politik kita tak sokong nampaknya. Bahkan kita ingin pula bukan saja tidak sokong tapi kita sebarkan supaya orang menentang kita." tambah beliau.

Dalam wawancara itu, Hasan turut menzahirkan karenah wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan perkara-perkara yang jelas dalam Islam sebagai isu hak asasi.

Hasan berkata istilah-istilah seperti hak kebebasan dipergunakan sehingga menyekat beliau dalam menjalankan amanah yang diberi kepadanya.

“Saya tidak sangat bimbang mengenai hak kebebasan,keadilan, ketelusan dalam kerajaan dan sebagainya yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, saya tidak ada masalah tentang itu,” kata beliau.

“ Hanya yang jadi masalah saya apabila kita panjangkan pengertian hak kebebasan itu hinggakan saya sebagai exco agama tersekat-sekat kebebasannya.

“Sebagai contoh, kita mencegah orang minum minuman keras di khalayak ramai, dia kata tak boleh dicegah kerana ini adalah pilihan dia, hak asasi dia jadi kita mesti izinkan dia berbuat demikian sedangkan ini bertentangan dengan Enakmen kita,"kata Hasan.

Dalam wawancara lebih sejam di rumahnya, Hasan diajukan beberapa persoalan “tajam” mengenai kebertanggungjawaban beliau selaku Exco Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu.Beliau turut menjaga portfolio infrastruktur dan kemudahanawam.

Hasan ditanya mengenai kekangan dan kecaman yang sering diterimanya bersabit isu-isu pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum Islam di Selangor.

Ini termasuk usaha melarang penjualan arak di kedai Seven Eleven di Shah Alam, mempertahankan tindakan JabatanAgama Islam Selangor bersabit isu Gereja Methodist Damansara Jaya (DUMC) dan pendedahan beliau mengenai cubaan untuk mengkristiankan orang Islam di Selangor.

Yang terbaru, ialah tindakannya menyertai gerakan HIMPUN bulan lalu bagi membicarakan isu murtad walaupun PAS bersama parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat untuk tidak menyokong perhimpunan itu.

Dua bulan lalu, Hasan di ganti sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ADUN Meru, Dr Rani Osman dalam satu rombakan yang disifatkan “biasa” oleh pimpinan PAS.

Dalam wawancara itu, Hasan menegaskan keperluan parti komponen pembangkang untuk lebih terbuka dalam perjuangan Islam yang diisytiharkan oleh PAS.

"Bagi saya, kalau teman-teman dalam komponen Pakatan Rakyat dapat terbuka sikit, misalnya kalau nak laksanakan(negara) Islam (tak boleh) kata 'over my dead body” (langkahmayat saya dulu),” jelas beliau.

“ Ini, rasa saya, tidak cantik dan kita harus menghormati(perjuangan PAS). Kalau Pas tidak memperjuangkan Islam,jadi apa itu Pas? Saya tidak nampak apa yang ada pada Pas,"katanya.

Kenyataan yang dirujuk oleh Hasan itu diluahkan Pengerusi DAP Karpal Singh pada tahun 1999 sebelum beliau memohonmaaf dua tahun lalu. Namun Karpal dan pimpinan tertinggi DAP masih bertegas tidak menyokong undang-undang Islam.

Hasan akur bahawa Portfolio Agama dan Adat resam Melayu yang dipegangnya menjadikan beliau sentiasa “diteropong”dan menjadi sasaran kritikan dan teguran pelbagai pihak termasuk dari PAS.

Namun apa yang mendukacitakan ialah keghairahan untukmelempar tuduhan dan kritikan tanpa fakta dan tanpamendapatkan penjelasan daripada beliau.

"Kalau ada teman-teman yang tidak suka dengan saya, sila jumpa saya untuk berbincang. Pintu pejabat dan rumah sentiasa terbuka, tetapi sehingga hari ini orang membuat kenyataan-kenyataan dan lemparkan tuduhan mengenai apayang saya cakap terutama mengenai Islam dan Melayu…(mereka) tak jumpa saya tetapi dah bercakap dengan akhbar,”kata beliau.

“Inilah masalah yang saya hadapi dan saya ingat kalau kita betul ikhlas dan kadang-kadang saya persoalkan mengenai kejujuran orang-orang yang membuat komen dan ulasan-ulasan negatif tanpa menyelidik dulu. Tetapi sayang, kerana sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat seronok hentam orang,” tambahnya.

Dalam wawancara itu, Hasan tidak menafikan bahawa beliau dikehendaki oleh pihak Istana Selangor untuk “lebih tegas dan tuntas” dalam menangani pelbagai isu membabitkan kedudukan Islam dan adat Melayu.

Hasan berkata segala tindakannya setakat ini, walaupun sederhana namun terlampau “pedas” untuk ditelan pihak yang mempunyai kepentingan diri.

"Apa yang saya lakukan setakat ini rasanya saya di peringkat sederhana, itu pun mendapat tentangan, kontroversi dan hiruk-pikuk,” kata beliau.

“Apatah lagi kalau nak kata lebih tegas lagi, tegas yang bagaimana? Tegas itu relatif, selama ini Hasan Ali tak tegas ke? Lembik sangat ke? Tak bermaya ke? Tak bernafsu ke nak menjalankan kerja dan sebagainya,” tambahnya.

“Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Istana itu ialah bertegas pada waktu dan ketika kita bertegas, berlembut pada waktu kita harus berlembut. Jadi inilah metadologi yangdigunakan Nabi Muhammad s.a.w..

"Kalau nak tegas dan agresif sepanjang masa, itu bukan HasanAli. Kalau nak lembut dan melutut sepanjang masa tu pun bukan saya. Tapi ada masanya kita berkeras dan ada masanya kita berlembut. Saya fikir itulah metadologi Hasan Ali."Tegas beliau.-Antarapos

No comments:

Post a Comment