Monday 21 May 2012

Siapa Irshad Manji???


Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas dalam dalam menghalang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji daripada menyebarkan fahaman songsang itu kepada umat Islam di negara ini. Malah pihak JAKIM sendiri telah mengesahkan Irshad berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme selain mendukung hak LGBT.

Irshad Manji dilahirkan di Uganda pada 1968. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Intelektual dari Universiti Of British Colombia. Beliau secara terbuka mengakui dirinya seorang Lesbian dan mendakwa agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Beliau bergerak dalam sebuah pertubuhan yang diasaskannya iaitu Ijtihad yang didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

Jadi, semua umat Islam perlu berhati-hati dan sentiasa peka dengan pelbagai ideologi yang cuba di bawa masuk semata-mata untuk mencari pengaruh dan semua pihak wajib menghalang sebarang program melibatkan wanita tersebut. Kerajaan perlu bertindak lebih tegas kerana mutakhir ini juga ramai pendokong LGBT Barat yang dilihat gemar berkunjung ke negara ini.


No comments:

Post a Comment