Tuesday, 25 June 2013

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Di Parlimen, Penyokong Berguling Di Luar Parlimen




Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat ketika mereka sendiri membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13. Hakikat itu jelas membuktikan mereka menerima keputusan PRU 13 dan akur kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. 

Malangnya, ketika mereka menerima pakai kehendak lunas perlembagaan dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, kira-kira 200 pengikut mereka sanggup berguling dalam cuaca berjerebu di luar bangunan Parlimen.


Mereka adalah sebahagian daripada pengikut yang tertipu dengan sikap hipokrit dan sandiwara pemimpin mereka. Sabtu lepas mereka berhimpun di Padang Merbok jelas telah dimanipulasikan oleh golongan hipokrit demi mengejar cita-cita politik yang tidak kesampaian.

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat membuktikan sistem yang kita guna pakai tidak meminggirkan sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tinggal lagi, apabila tidak terpilih, jangan pula salahkan lantai kononnya tidak rata sehingga menyebabkan tarian sumbang.

No comments:

Post a comment