Wednesday 9 May 2012

Pesanan Habib Umar Bin Hafidz Untuk Rakyat Malaysia


Mari kita hayati pesanan beliau dan apa harapannya ke atas rakyat Malaysia. Doa Habib Umar yang saya kongsikan untuk rakan rakan ketika siri perjalanan dakwahnya ke Malaysia baru-baru ini.

INGATLAH PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA.....:-))

"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
...
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu.


Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"

"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau;

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".


Atas keberkahan doa  ulama yang IKHLAS berserta jutaan orang Islam yang teguh berdiri di jalan Allah sejak zaman dahulu sehingga sekarang, Allah masih memelihara Malaysia dari sebarang kerosakan di tangan tangan agen dajjal.

No comments:

Post a Comment