Thursday 3 November 2011

Peguam Muslim !!!! Hangpa Jangan Lena

Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi juga penganut agama lain. Terbaru Tokoh Kristian Sabah, Webley Dsim menyifatkan ia satu kerja gila dan tersangat jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.

Disebalik penentangan hebat dari pelbagai pihak, muncul Majlis Peguam  yang mempertahankan penganjuran program ini yang mengiktirafkan hak seksual di kalangan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT). Presidennya sendiri Lim Chee Wee menegaskan "selama ini golongan LGBT telah dilayan seperti orang luar dan mereka sering berhadapan dengan pelbagai kesusahan termasuk gangguan keselamatan ekoran tindakan daripada pihak berkuasa awam dan syariah". Persoalannya di mana para peguam muslim? Jika kes yang melibatkan kepentingan politik, ramai dikangan mereka bangun mengeluar pelbagai kenyataan tetapi dalam isu ini diam menikus. Abu Ubaidi tertarik kandungan surat yang dihantar oleh seorang peguam  yang bernama Norazmir Zakaria ditujukan khusus kepada  Majlis Peguam tetapi perlu lebih tegas. Bagaimana dengan ribuan peguam Muslim yang lain? Berikut cotoh surat yang dihantar oleh Norazmir Zakaria.

"Saya melihat Majlis Peguam Malaysia acap kali terlepas pandang dengan bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti ribuan ahlinya yang juga terdiri daripada Peguam-peguam yang beragama Islam. Contoh yang terbaru adalah dalam perihal sokongan secara terbuka Majlis Peguam dalam kempen "Seksualiti Merdeka". Agama Islam secara terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam. Namun, ia bukan bermakna saya menentang hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, saya sedar agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral masyarakat. Malah, terdapat pendapat di dalam agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Gereja Roman Katolik, Gereja Eastern Orthodox, Gereja Methodist dan lain-lain lagi. Justeru, atas faktor apakah Majlis Peguam menyokong kempen yang sebegini tatkala banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan? Saya sebagai salah seorang peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam melihat tindakan seumpama itu mencerminkan sikap tidak profesional badan berkenaan yang membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam. Seharusnya Majlis Peguam sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada para peguam yang berada di bawah naungannya. Tatkala keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami sebagai peguam Islam umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif dengan agama Islam. Tidakkan Majlis Peguam sedar bahawa kami malu berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan mereka menyokong kempen sebegini? Kesimpulannya, Majlis Peguam harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok sendiri” demi kepentingan peribadi. Majlis Peguam Malaysia harus lebih merakyat dengan peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para peguam secara keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam".

Renungan Abu Ubaidi : Kita sama-sama nantikan kenyataan rasmi oleh Pakar Perlembagaan Ulung Negara Dr Aziz Bari tentang isu ini.



No comments:

Post a Comment