Thursday 22 September 2011

Panas!!! Pendedahan Akhbar Sin Chew Daily Tentang Kegagalan Pakatan Pembangkang


Pendedahan akhbar  Sin Chew Daily bertarikh 20 September 2011 yang ditulis oleh Timbalan Pengarangnya Lim Swee Guan. 
Ketiga-tiga parti utama yang membentuk gabungan pembangkang sepatutnya bersikap berani dalam membuat perubahan terhadap gaya pentadbiran dan dasar di negeri-negeri yang mereka perintah.

Malangnya, keberanian itu tidak ditunjukkan pihak pembangkang. Mereka nampaknya mengikat kaki dan tangan sendiri.

Sebaliknya, Najib pula yang menunjukkan keberanian untuk membuat perubahan termasuk melayan segala tuntutan yang dibuat oleh pengundi-pengundi muda.

Alasan yang diberikan pihak pembangkang kenapa mereka tidak dapat membuat perubahan besar di negeri-negeri yang diperintah kerana kerajaan negeri tiada kuasa luas. Menurut mereka, soal-soal pendidikan, ekonomi, agama dan budaya adalah di bawah kuasa Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, jika dinilai prestasi kerajaan negeri pembangkang yang melibatkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan tanpa halangan daripada Kerajaan Pusat seperti undang-undang, pembangunan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan, nampaknya ia adalah tidak baik, MALAH LEBIH TERUK daripada apa yang dijangkakan.

Dari segi undang-undang, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor cuba menggubal Enakmen Kebebasan Multimedia tetapi sehingga kini ia belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana pelbagai masalah.

Ini adalah penggubalan enakmen yang pertama seumpama itu di Malaysia dan ia sepatutnya dipercepatkan supaya rakyat mendapat hak untuk menyemak dokumen-dokumen kerajaan yang dikategori sebagai rahsia.

Enakmen itu juga sepatutnya boleh digunakan bagi memberi tekanan kepada BN untuk mengubah Akta Rahsia Rasmi di peringkat nasional.

Jika enakmen itu dapat dilaksanakan dengan cepat, ia boleh mengurangkan kesan buruk yang dihadapi pihak pembangkang berikutan langkah Najib memansuhkan ISA.

KITA JUGA KESAL kerana negeri yang diperintah pembangkang tidak meminda undang-undang bagi mengehadkan kuasa Kerajaan Pusat terhadap jabatan agama di negeri-negeri. Langkah ini boleh memperkukuhkan semangat demokrasi dan sekurang-kurangnya akan menghindarkan perbalahan antara agama.

Dari segi pembangunan, prestasi pihak pembangkang juga tidak memuaskan. Di negeri-negeri yang diperintah mereka, banyak infrastruktur telah lama, usang dan rosak.

Jika pihak pembangkang boleh mendapatkan kerjasama syarikat swasta untuk menjadikan kawasan itu sebagai anak angkat untuk dibantu, ia sudah tentu akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di seluruh negara.

Setakat ini, pihak pembangkang hanya memberi tumpuan untuk membantu rakyat miskin dengan memberi subsidi air kurang 20 meter padu. Ia juga menyumbang RM100 untuk bayi baru lahir dan kupon bernilai RM100 untuk orang tua berbelanja.

Langkah seperti ini sudah pasti disukai ramai, tetapi apabila pihak pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, adakah mereka masih boleh melakukannya termasuk memberi wang subsidi sepanjang masa?
 

No comments:

Post a Comment