Thursday 17 May 2012

Cubaan DAP merasuah saya biadap - Tunku Abd Aziz


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz merasakan cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guen Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan terang-terang menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.

Bayaran itu menurut Zairil seiring dengan tawaran jawatan Fellow kanan di Penang Institute, sebuah think-tank milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan peluang untuk sering keluar negara. Memang biadap! Apa Lim Guan Eng fikir dia boleh beli warga Malaysia begitu sahaja? Apakah ini warna sebenar Lim Guan Eng dan DAP?


Tunku Aziz kurang bernasib baik kerana parti yang pernah diwakilinya begitu tidak demokratik, sama seperti PKR dan PAS. PAS telah memecat Dr. Hassan Ali dan PKR memecat Wakil Rakyatnya serta pimpinan dalam parti yang tidak seiring dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Yang bernasib baik ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Katalah apapun, buatlah apapun, waima secara terang-terangan tidak sependapat dengan pimpinan UMNO dan hala tuju UMNO dalam hal-hal tertentu, namun terus dihormati oleh presiden UMNO.

Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menilai pemimpin dan parti mana yang lebih demokratik, tak guna nama saja demokratik tapi hakikatnya penuh dengan sifat kuku besi.
 .

No comments:

Post a Comment