Sunday 18 September 2011

biaDAP

BIADAP..BIADAP.. BIADAP.. Itu jawapan yang sesuai diberi atas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Syah, M.Manoharan dalam laman sosial facebook miliknya. Kenyataan yang cukup kurang ajar Adun DAP itu berbunyi "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian"(Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia). KebiaDAPannya lagi apabila beliau menyatakan "Bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama". Dalam status yang sama beliau turut membuat komentar iaitu "Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out".(Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru). Kenyataan biaDAP Manoharan ini mengambarkan beliau tidak dapat membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik. Kita sama-sama tunggu kenyataan rasmi dari DAP dan Ketua Pembangkang berkaitan tentang isu ini. Ada berani ka!!!

Wassalam..

3 comments:

  1. Memang dasar 'pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar' ...

    Gelagat beliau bukan sahaja memalukan setiap warganegara malah setiap penyokong pakatan pembangkang DI MANA JUA ANDA BERADA ...

    ReplyDelete
  2. Apakah ini agenda seterusnya selepas kenyataan kontroversi seorang Timbalan Presiden untuk menyelamatkan kredibiliti Ketua Pembangkang yang semakin membimbangkan di pesada kehakiman negara ...

    ReplyDelete
  3. Malang sungguh nasib Malaysia miliki warganegara seperti Manoharan

    ReplyDelete