Thursday, 11 August 2011

Pluralisme Agama

Pluralisme dalam agama ini ialah meletakan semua agama adalah sama taraf dan semuanya mempunyai matlamat yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Persoalanya sekiranya semua agama adalah sama tarafnya, sia-sialah Allah SWT mengutuskan para Nabi dan Rasul sebagai pembawa risalah untuk menyelamat umat manusia dari kebinasaan dan kemurkaan Allah. Pendokong fahaman ini mendakwa tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak kerana bagi mereka semua agama menuju ke satu titik pusat iaitu realiti tunggal (Tuhan) dan Tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing.

Menjawab hujah di atas, mari kita renung firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 83 yang bermaksud :  "Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada Nya berserah diri segala apa yang ada dilangit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan" . Terdapat banyak lagi fiman Allah dan Hadis Nabi yang boleh digunapakai untuk menyanggah hujah di atas seperti firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 85 yang bermaksud "Barang siapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" .

Di Malaysia satu wacana yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan bersama dengan NGOs Islam pada 14 Disember yang lalu telah sebulat suara menegaskan Pluralisme agama ini bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan mereka memutuskan supaya pihak berkuasa agama memanggil individu atau organisasi yang menganut fahaman Pluralisme Agama untuk diberi kaunseling dan nasihat tentang ajaran mengenal akidah Islam yang sebenar. Di Malaysia ancaman Pluralisme Agama tidaklah seteruk Indonesia tetapi ia tetap mempunyai pengikut terutamanya di kalangan mereka yang terpelajar.

Perlu diingatkan Pluralisme Agama bukan mengambarkan toleransi beragama, gambaran toleransi beragama seharusnya seperti sikap yang ditunjukan oleh Dalai Lama yang menyatakan "Saya menghormati dan mengagumi kawan saya yang beragama Kristian dan yang beragama Islam, kalaulah menyatupadukan itu maksudnya mencampuradukan, maka itu adalah mustahil dan tidak berfaedah (Uthman El-Muhammady, 2010). Kesimpulanya, Pluralisme Agama menjadi ancaman kepada umat Islam kerana ia merupakan satu fahaman yang sarat dengan kenyataan yang mengelirukan dan merosakan akidah umat Islam. Sesunggunya Agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam.  


 

No comments:

Post a comment