Thursday, 22 May 2014

#PRKTelukIntan : Janji Dyana Kepada Penduduk Teluk Intan


Aku kagum tengok cita-cita tinggi calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofea yang berikrar mahu perjuangkan nasib bangsa Melayu melalui pentas DAP.  Memang hebat...

Tapi yang aku ingat salah satu perjuangan DAP untuk nasib orang Melayu ialah cubaan menghalang kewujudan jawatan guru JQAF pada tahun 2005 dalam dewan Parlimen. Tapi nasib ketika itu BN kuat, bayangkan jika situasinya ketika itu seperti hari ini??? Berbalik kepada kisah Dyana, hingga hari ini aku lihat beliau tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada penduduk Teluk Intan. Beliau hanya membawa pendekatan klasik DAP iaitu memburukkan kerajaan dengan menyentuh soal jenayah dan harga barang, selain hak bumiputera.

Malah kredibiliti Dyana juga kini diragui. Ini berdasarkan pemerhatian ramai di mana Lim Kit Siang sentiasa bersama Dyana sepanjang kempen seolah-olah memantaunya. Jika kita tidak mengenali Kit Siang, kita mungkin menyangka yang beliau tergila-gilakan Dyana sehingga tidak boleh berenggang darinya. 

Keraguan aku akhirnya terjawab apabila Dyana tidak mampu menjawab soalan wartawan yang meminta beliau mengulas mengenai Tunku Aziz. Oleh kerana Dyana benar-benar menjadi kelu, Lim Kit Siang telah terpaksa membantunya dengan menepis soalan tersebut.

Rupanya, Kit Siang mengawal Dyana sebegitu rupa kerana Kit Siang tahu bahawa setiausaha politiknya itu bukanlah seorang yang berkredibiliti.  Dyana seharusnya jauh lebih bersedia untuk menangani soalan mengenai Tunku Aziz kerana ia merupakan asas penilaian rakyat terhadap pendiriannya menyertai DAP. Namun, malangnya, Dyana bagaikan langsung tidak pernah mendengar siapa itu Tunku Aziz.

Kini rakyat tertanya-tanya, jika dipaksa untuk menjawab soalan berikut, apakah Dyana akan menghentam Tunku Aziz sebagai penipu dan pengkhianat parti? Apakah Dyana percaya yang dirinya jauh lebih mengenali DAP dan lebih bijak dari Tunku Aziz? Apakah Dyana akan menyangkal segala tuduhan Tunku Aziz terhadap DAP?

Tetapi, siapakah Dyana untuk berkata apa-apa mengenai Tunku Aziz sedangkan Dyana bukan sahaja baru menyertai DAP tetapi juga baru sahaja melihat dunia. Beliau belum pun pernah melalui selok belok cabaran bekerja dan hanya menyertai DAP atas alasan ‘dijaga dengan baik’ oleh pemimpin parti itu. Apa yang Dyana tidak tahu ialah ‘mereka jaga ada makna tu….’.

Hakikatnya, masih banyak yang perlu Dyana pelajari dan jika beliau benar-benar bijak, beliau perlu berjumpa dengan Tunku Aziz sendiri untuk bertukar pandangan dan meminta nasihat. Tanpa ilmu di dada, bagaimana Dyana boleh mencurahkan khidmat bakti yang berkesan kepada masyarakat Teluk Intan?

No comments:

Post a comment