Wednesday, 17 October 2012

Perjanjian Damai Antara Kerajaan Filipina Dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Cukup Meresahkan Anwar


Kejayaan Malaysia memainkan peranan penting sehingga termeterai Perjanjian antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) merupakan satu pengiktirafan antarabangsa kepada kerajaan Malaysia.

Ketika pihak lain memperakukan peranan Malaysia membantu sehingga termeterai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kedengaran berbeza.

Nun jauh di Rumah Putih pun sudah keluar kenyataan menghargai usaha Malaysia.Selain Amerika, pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa terpegun melihat sinar damai di Selatan Filipina. Peliknya, Anwar ada sama dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pembangkang di bangunan Parlimen, ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan perjanjian itu.

Presiden PAS itu berkata, Pakatan pembangkang mengalu-alukan perjanjian damai yang dimeterai di Manila Isnin antara kerajaan Filipina dan MILF.  "Ia sebagai satu penyelesaian yang sangat baik dan positif kepada keamanan serantau dan antarabangsa. Jadi kita harapkan semua perjanjian itu dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya.

Bagaimanapun,  Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’. Malah beliau cuba mengalihkan tumpuan kepada isu Rohingya, Myanmar dengan menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan  pendapat bagi membela nasib umat Islam di sana.

Untuk rekod misi kemanusiaan yang dipelopori oleh Kelab Putra 1Malaysia yang disertai 50 sekarelawan baru pulang dari kawasan bergolak di Myanmar itu.  Mereka membawa 500 tan bantuan untuk membantu penderitaan orang Rohingya.

Mungkin Anwar kena baca balik kisah bagaimana rumitnya hendak mengendalikan misi itu.Akhirnya misi Kelab Putera itu dibenar kerajaan Myanmar masuk ke kawasan itu.Ini adalah hasil dari dokongan kuat kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin juga Anwar kecewa kerana usaha itu tidak berjaya ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu.

No comments:

Post a comment