Tuesday 3 January 2012

Isu kompleks ganti madrasah diheret ke 2012


Tirai 2012 dibuka telah mengherat pelbagai masalah pada tahun sebelumnya seperti isu Madrasah Salihiah Kanchut yang masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan PAS Kedah. Isu ini juga telah memaksa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan menyebut latar belakangnya sebagai graduan Universiti Al-Azhar yang dikatakan tahu mengenai hukum hakam agar dapat menyakinkan masyarakat terhadap keputusan untuk menrobohkan madrasah itu.

Sebagai anak kelahiran Kedah, Abu Ubaidi menyambut baik langkah kerajaan PAS Kedah membangunkan tanah sekitar madrasah tersebut untuk dijadikan kompleks perniagaan. Apabila siap kelak sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan dan membangunkan ekonomi rakyat. Cuma Abu Ubaidi ingin mempersoalkan kenapa tidak melibatkan perbincangan bersama antara Kerajaan Negeri dengan penduduk di sekitar madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka.

Bagaimana seandainya Kerajaan PAS Kedah ingin merobohkan rumah ibadat penganut agama lain bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks perniagaan? Abu Ubaidi percaya sudah pasti Kedah tidak aman kerana penganut agama tersebut akan bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk bangkit menentang cadangan berkenaan.



Langkah yang terbaik yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kedah ialah membuat pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks perniagaan tersebut agar Rumah Allah itu tidak dirobohkan. Sebagai contoh Kumpulan IGB yang membangunkan Mid Valley tidak merobohkan Kuil Hindu yang terdapat di tapaknya 

Sebenarnya terdapat dua syarat utama jika istibdal hendak dilakukan terhadap tanah waqaf khas. Syarat pertama ialah harta waqaf itu mestilah luput seluruh manfaatnya, yakni tiada langsung manfaatnya. Syarat kedua harta waqaf itu tidak lagi mempunyai hasil untuk dimajukan atau dibangunkan. Justeru, kita tidak nampak mengapa tanah waqaf tersebut perlu diambil alih dengan cara sedemikian sedangkan madrasah itu masih diimarahkan dengan pelbagai program.

Dengan rasa hormat terhadap Datuk Seri Azizan dan Kerajaan PAS Kedah, Abu Ubaidi berpendapat tentu ada jalan keluar kepada masalah ini dengan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi sentimen waktu ini menunjukan tindakan merobohkan madrasah itu akan merugikan bukan sahaja masyarakat Islam setempat bahkan imej kerajaan negeri akan tercalar.


Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa pernah berlaku dalam sejarah negeri kedah Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex. Jawapannya tidak pernah. Isu dirujuk kepada Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari.

Masjid Alor Malai yang bersebelahannya kubur tu, memang tanah wakaf, dan dirobohkan. tapi Masjid Besar Al-Bukhari yang dibina, tetap berada di atas tanah wakaf! Malahan kubur pun di pindah dan di susun rapi dalam kawasan Masjid (masih dalam tanah wakaf). Maknanya 'jariah' masih lagi bersambung kerana dari Masjid kecil, menjadi masjid besar. Kita masih lagi bersembahyang di atas tanah yang diwakafkan. Shopping Kompleks Giant yang tu sebenarnya di bina di atas tanah PASAR!! Pasar Kampung Datuk Murad!! Tapak Pasar Ramadhan!

Pesan Abu Ubaidi : "Kita bukan tidak mahu pembangunan tetapi sesuatu pembangunan itu harus ada rahmat Allah dan apabila pembangunandidirikan di atas keruntuhan sebuah waqaf, pasti ada yang tidak kena".

1 comment:

  1. Kesian pemilik tanah tunku yaakob kena naya dengan kerajaan negeri kedah.....Allah saja akan menjadi hakim yang MahaAdil untuk masalah ini...kerajaan zalim....

    ReplyDelete