Monday 19 December 2011

Satu Kiblat Dua Imam


Masih ingat lagi tanggal 7 April 1981 bertempat di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu  telah disampaikan amanat oleh Haji Hadi Awang yang tersohor sebagai 'Amanat Haji Hadi' yang menjadi punca kepada keretakan persaudaraan Islam di negara ini sehingga berlaku kejadian solat Jumaat berasingan dalam satu kariah.

Isu ini menjadi panas setelah teguran Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah di Terngganu. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melaporkan masih terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah.

Abu Ubaidi menyeru jangan babitkan agama hanya kerana adanya perbezaan fahaman politik kerana perbuatan itu boleh mengundangkan suasana yang tidak sihat di kalangan umat Islam dan orang Melayu.

Kita sepatutnya mencari kekuatan politik untuk memartabatkan agama bukan mengunakan agama sebagai medium untuk memecahbelahkan umat. Tidak seharusnya menjadikan prinsip politik Machiavelli mendominasikan senario politik tanah air. Islam tidak boleh terus menjadi semacam 'bahan komoditi' yang menjadi alat politik semata-mata.

No comments:

Post a Comment