Monday 26 November 2012

Apa yang perlu anda tahu tentang Lynas?



Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.

Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.

Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).

Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
- Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
- Bekalan air yang mencukupi.
- Wujud tenaga kerja mahir.
- Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
- Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
-KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
- Tenaga KerjaLynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
-Fasa PembinaanLebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
-Aktiviti PerintisBesar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.

Sumber:

Tuan Hj Arazmi Juhari
(Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)

Puan Mimi Afzan Afza
(Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti

No comments:

Post a Comment