Tuesday 20 December 2011

BR1M : Fitnah Terbaru Pakatan Pembangkang


Pakatan Pembangkang kini aktif menyebarkan fitnah terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa bajet 2012 oktober lepas. Mereka menggunakan nama LHDN yang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia ini adalah penipuan kerajaan untuk menuntut cukai berpanjangan.

Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank.




Di sini Abu Ubaidi ingin menegaskan bahawa :-

  1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.
  2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.
  3. Berdasarkan pengiraan yang lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15.
  4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?
Amat jelas setiap keputusan yang baik dibuat oleh kerajaan untuk rakyat akan diperangi habis-habisan oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya.

No comments:

Post a Comment